Berita Berita
Kehadiran ke Perhimpunan Pemuda UMNO detik emosional buat Khairy
KUALA LUMPUR 15 Jan – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan kehadirannya ke Perhimpunan Agung Pemuda UMNO sebagai satu detik yang amat emosional selepas hampir tiga tahun dipecat daripada parti itu.
Khairy berkata, kehadirannya ke perhimpunan berkenaan adalah atas jemputan Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh serta mendapat keizinan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Menurut bekas Ahli Parlimen Rembau itu, beliau terlebih dahulu bertemu Ahmad Zahid pada majlis tahlil Allahyarham Tun Abdul Razak sebelum mendapatkan kebenaran secara langsung.
“Malam tadi saya berjumpa Datuk Seri Zahid dan bertanya terus sama ada saya boleh hadir hari ini. Saya nyatakan jika beliau tidak izinkan, saya tidak akan datang.
“Alhamdulillah, beliau kata sila datang,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) pada Khamis.
Khairy menjelaskan, kehadirannya kali ini hanyalah sebagai pemerhati dan beliau memilih pendekatan berperingkat dalam menentukan langkah seterusnya.
“Hari ini saya kembali sebagai pemerhati. Insya-ALLAH selepas ini saya akan buat apa yang perlu. One step at a time,” ujarnya.
Mengulas saranan Muhamad Akmal agar UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan, Khairy berpandangan isu berkenaan lebih kompleks dan tidak boleh dinilai secara mudah.
Beliau berkata, Pemuda UMNO masih menghormati keputusan parti untuk kekal bersama Kerajaan Perpaduan sehingga pilihan raya demi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.
“Apa yang penting ialah mesej daripada Pemuda UMNO. Dr Akmal menegaskan beliau sendiri akan memainkan peranan memastikan prinsip dan garis merah UMNO tidak dilanggar oleh mana-mana pihak dalam Kerajaan Perpaduan.
“Beliau juga menekankan bahawa perhimpunan ini bukan perhimpunan kebencian. Penyatuan Melayu tidak seharusnya membuat kaum lain berasa terancam.
“Saya melihat usaha ini sebagai murni dan berharap ia mampu menyatukan orang Melayu tanpa menjadi agenda kebencian terhadap mana-mana kaum,” katanya.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
