Berita Berita
‘Tak pernah dengar DAP puji UMNO, yang ada kutukan ketika Presiden dapat NFA ’ – Dr Akmal
KUALA LUMPUR 15 Jan - Pemuda UMNO menegaskan akan terus memainkan peranan sebagai ‘loceng kecemasan’ bagi memastikan tiga garis merah parti iaitu agama, bangsa dan institusi Raja-Raja Melayu tidak dilanggar oleh mana-mana pihak.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, sayap parti itu tidak akan gentar atau berundur walaupun berada dalam satu pasukan politik yang sama.
“Walaupun kita duduk dalam satu pasukan, kita boleh berkawan, tetapi jika ada pihak menyentuh agama, bangsa dan Raja-Raja Melayu, Pemuda UMNO tidak akan berdiam diri.
“Tak kira siapa kamu, menteri, ketua menteri atau apa jawatan sekalipun, Pemuda UMNO tidak akan menyerah,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Dr. Akmal turut mengingatkan pimpinan parti supaya menerima realiti bahawa UMNO masih berdepan krisis kepercayaan rakyat meskipun kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.
Menurutnya, hakikat tersebut tidak boleh lagi disembunyikan dan parti perlu berusaha secara serius untuk memulihkan keyakinan rakyat di peringkat akar umbi.
“UMNO sedang berdepan krisis kepercayaan rakyat. Sama ada kita setuju atau tidak, inilah realiti yang tidak boleh lagi disorok.
“Kita mungkin boleh menenangkan diri pada tahun pertama, kedua dan ketiga, tetapi akhirnya kita perlu berdepan dengan hakikat ini,” katanya.
Beliau berkata, walaupun UMNO sudah melakukan pelbagai usaha termasuk menampilkan prestasi baik menteri, menteri besar dan ketua menteri daripada parti itu, kepercayaan rakyat masih belum pulih sepenuhnya.
Mengulas hubungan dengan rakan politik, Dr. Akmal berkata, terdapat pandangan yang menyatakan kerjasama dengan DAP boleh membawa perubahan, namun beliau mempersoalkan sejauh mana perubahan itu benar-benar berlaku.
“Saya tak pernah dengar pemimpin DAP memuji UMNO atau presidennya. Apa yang saya dengar, ketika presiden UMNO mendapat NFA, masih ada kutukan dan kecaman,” katanya merujuk kes membabitkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Sehubungan itu, beliau menggesa perwakilan agar berani bercakap benar dan menyuarakan pandangan rakyat dalam perhimpunan kali ini demi mengembalikan kepercayaan masyarakat terhadap parti.
“Jika benar kita mahu kembalikan kepercayaan rakyat, perwakilan mesti bercakap benar, jangan tipu diri sendiri. Bawa suara rakyat walaupun pahit.
“Jika itu kebenaran, kita wajib menerimanya,” katanya.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 2:12 pm
Kehadiran ke Perhimpunan Pemuda UMNO detik emosional buat Khairy
January 15, 2026, 1:10 pm
'Saya minta maaf' - Dr Akmal umum letak jawatan EXCO Melaka
January 15, 2026, 11:29 am
JPJ Selangor tingkat penguatkuasaan, 2,712 saman kenderaan berat dikeluarkan langgar larangan waktu puncak
January 15, 2026, 11:02 am
Tiga rentung dalam kebakaran besar babit empat kilang di Banting
January 15, 2026, 10:54 am
Dua beradik dicekup KPDN simpan 250 liter petrol guna tangki ubah suai
January 15, 2026, 10:38 am
Kes dakwaan kecuaian IUCD di Klinik Kesihatan Pekan Nanas disiasat
January 15, 2026, 10:25 am
KJ kembali hadiri PAU 2025 selepas dipecat UMNO
January 15, 2026, 10:13 am
Pekerja tapak projek gempar jumpa bom lama seberat 227kg di Jasin
January 15, 2026, 9:25 am
