Berita Berita
Pemuda Pahang rayu Agong perkenan pembebasan penuh Najib
KUALA LUMPUR 15 Jan – Wakil Pemuda UMNO Pahang menyampaikan rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim agar memperkenankan pembebasan penuh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pekan, Mohd Fakhrul Akhmal Mohamed berkata, rayuan tersebut merupakan suara dan hasrat masyarakat di Parlimen Pekan.
“Kami memohon ehsan dan simpati Tuanku agar dipertimbangkan pembebasan sepenuhnya pemimpin kami, Datuk Seri Najib Razak.
“Ampun Tuanku, kami sudah kehabisan cara. Saya sendiri tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan. Harapan kami agar rayuan di akhir ucapan ini diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya ketika menyampaikan perbahasan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, hari ini.
Beliau turut menggesa semua perwakilan dan ahli UMNO supaya mengenang jasa Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dengan memastikan legasi kepemimpinan bekas Perdana Menteri kedua itu terus dipelihara.
“Semalam genap 50 tahun pemergian Allahyarham Tun Razak. Marilah kita bersama-sama mempertahankan legasi beliau, khususnya dengan membela Najib selagi ada nyawa dan kudrat. Inilah cara kita membalas jasa Tun Razak kepada UMNO dan negara,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Pemuda UMNO Johor, Fauzi Faizal turut menggesa ahli-ahli parti agar terus berdoa supaya pembebasan penuh Najib dapat direalisasikan.
“Terlalu banyak jasa yang telah dicurahkan beliau kepada negara. Sukar untuk kita menerima hakikat melihat seorang pemimpin dengan sumbangan besar berada di sebalik jeriji besi.
“Pemuda UMNO Johor berdiri teguh bersama keluarga ‘Bosku’ dan akan terus berdoa agar keadilan dapat ditegakkan,” katanya yang juga Ketua Pemuda UMNO Tebrau.
Terdahulu, media melaporkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengumumkan langkah yang akan diambil parti berhubung Najib dalam ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO, esok.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
