Berita Berita
Polis tahan doktor disyaki bunuh isteri, anak 4 tahun di Johor Bahru
JOHOR BAHRU 15 Jan - Tragedi keluarga mengejutkan penduduk Bandar Dato’ Onn apabila seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan maut di kediaman mereka, dengan siasatan polis menjurus kepada perbuatan jenayah yang disyaki dilakukan oleh suami mangsa sendiri.
Ketua Polis Johor, Datuk AB Rahaman Arsad berkata, mangsa wanita tempatan berusia 36 tahun yang bekerja sebagai akauntan ditemui meninggal dunia dengan kesan kecederaan kelar di leher kira-kira jam 8.20 pagi, 31 Disember lalu.
Menurutnya, anak lelaki mangsa berusia empat tahun turut ditemukan tidak bernyawa dengan kesan kebiruan di bahagian muka dipercayai akibat tekupan.
“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru untuk proses bedah siasat,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, hasil bedah siasat mendapati punca kematian wanita tersebut adalah akibat asphyxia related death, manakala punca kematian kanak-kanak berkenaan disebabkan smothering dan kematian kedua-duanya dipercayai berunsurkan jenayah.
Katanya, susulan siasatan yang dijalankan, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun yang bekerja sebagai doktor dan merupakan suami kepada mangsa pada 3 Januari lalu.
“Polis turut merampas beberapa barang kes bagi membantu siasatan, antaranya sebilah pisau serta sebiji bantal bersama sarung,” katanya.
Menurut beliau, suspek direman selama 13 hari bermula 4 hingga 16 Januari bagi membantu siasatan lanjut.
“Hasil semakan rekod jenayah mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan ujian saringan awal air kencing juga negatif dadah,” katanya.
Tambah beliau, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri Johor dan suspek diputuskan untuk dituduh dengan dua pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, satu pertuduhan di bawah Seksyen 201 serta satu pertuduhan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menjejaskan siasatan dan prosiding mahkamah.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 6:15 pm
ROS sahkan pelanggaran perlembagaan MIPP, pemilihan Presiden PN berdepan risiko dicabar
January 15, 2026, 6:10 pm
Polis sahkan dakwaan penderaan kanak-kanak di Taiping tidak berasas
January 15, 2026, 5:53 pm
Pemuda Pahang rayu Agong perkenan pembebasan penuh Najib
January 15, 2026, 5:07 pm
DAP Melaka ucap terima kasih kepada Dr Akmal, tegaskan tidak termakan provokasi
January 15, 2026, 3:16 pm
Tender ATM: SPRM sita wang tunai, emas dan aset mewah bernilai RM11.4 juta
January 15, 2026, 2:39 pm
Polis buru tiga suspek kes pecah rumah di Bemban
January 15, 2026, 2:12 pm
Kehadiran ke Perhimpunan Pemuda UMNO detik emosional buat Khairy
January 15, 2026, 1:10 pm
'Saya minta maaf' - Dr Akmal umum letak jawatan EXCO Melaka
January 15, 2026, 1:03 pm
