Berita Berita
'Saya minta maaf' - Dr Akmal umum letak jawatan EXCO Melaka
KUALA LUMPUR 15 Jan - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Mohamad Akmal Saleh mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka, berkuat kuasa minggu depan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau yang juga Ketua UMNO Bahagian Jasin itu berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka yang disandang sejak April 2023, namun kekal menerajui Pemuda UMNO.
Pengumuman itu dibuat ketika beliau menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Dr Akmal menjelaskan, keputusan berkenaan dibuat selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
"Saya mohon maaf. Hari ini saya nak umumkan, untuk menunjukkan bahawa saya bawa suara akar umbi yang keresahan, saya letak jawatan sebagai EXCO (kerajaan negeri) berkuat kuasa minggu depan," katanya.
Semalam, media melaporkan Dr Akmal mengakui telah meluahkan hasrat dan isi hatinya ketika bertemu Ahmad Zahid serta merakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri itu kerana sudi mendengar pandangannya.
Bagaimanapun, beliau tidak memperincikan isi perbincangan berkenaan atau keputusan berkaitan kedudukannya, sebaliknya berharap apa jua keputusan yang dibuat adalah terbaik demi perjuangan agama, bangsa, tanah air dan UMNO.
Terdahulu, Dr Akmal dilaporkan berkata beliau akan akur dengan sebarang keputusan yang dibuat Ahmad Zahid dan Ketua Menteri Melaka berhubung jawatan yang disandangnya ketika ini, memandangkan kedua-dua tokoh itu sebelum ini memberi kepercayaan kepadanya untuk bertanding di DUN serta dilantik sebagai EXCO kerajaan negeri.
Media sebelum ini turut melaporkan Dr Akmal memberi bayangan sedia melepaskan jawatan Ketua Pemuda UMNO dan EXCO Kerajaan Melaka susulan kontroversi berkaitan desakannya supaya UMNO menilai semula kedudukan parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.
Berita berkaitan
March 12, 2026, 8:51 pm
Menteri Agama arah JAWI siasat sepanduk guna terjemahan al-Quran sokong budaya songsang
March 12, 2026, 7:19 pm
Inspektor polis mengaku tidak bersalah terima dan minta rasuah RM5,300, tipu duit jaminan
March 12, 2026, 7:03 pm
Tiga maut termasuk bayi tujuh bulan dalam nahas dua kenderaan di Bukit Sentosa
March 12, 2026, 5:22 pm
Polis tahan remaja lelaki disyaki bunuh wanita dengan 14 tikaman di hotel
March 12, 2026, 3:53 pm
Dua 'pengasuh' taska kes kematian bayi tidak ikuti Kursus Asuhan PERMATA
March 12, 2026, 3:25 pm
'Banyak benda dah diatur' - Pulau Pinang teruskan rumah terbuka Aidilfitri secara sederhana
March 12, 2026, 2:47 pm
Trafik lebuh raya dijangka cecah 2.3 juta kenderaan sehari sempena Aidilfitri
March 12, 2026, 1:19 pm
TPM Ahmad Zahid hargai jasa Sathia menghiburkan rakyat Malaysia, hulur sumbangan ringan beban
March 12, 2026, 12:45 pm
Timbalan CEO SSM didakwa terima RM50,000 daripada anak Hamzah Zainudin tanpa balasan
March 12, 2026, 12:14 pm
