Berita Berita
Saintis rugi RM466,000 terpedaya pelaburan forex palsu
GEORGETOWN 12 Dis – Seorang saintis di sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM466,078 selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan dalam talian menerusi platform dikenali sebagai Digital Realtyv.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, mangsa berusia 26 tahun itu mula berkenalan dengan suspek melalui aplikasi Xion Hong Shu pada awal September lalu sebelum ditawarkan skim pelaburan dengan janji pulangan tinggi dalam tempoh singkat melalui dagangan mata wang asing (forex).
Mangsa kemudian diminta memuat turun aplikasi tertentu untuk pendaftaran sebelum membuat pelaburan pertama sebanyak RM4,500 pada 6 Oktober ke akaun individu di Hong Leong Bank. Tidak lama kemudian, mangsa menerima pulangan RM4,754.
“Berikutan yakin dengan keuntungan awal, mangsa menambah pelaburannya kepada RM466,078.51 melalui 13 transaksi ke tujuh akaun bank berbeza antara 6 Oktober hingga 17 November,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila gagal mengeluarkan keuntungan dan diminta membuat bayaran tambahan bagi tujuan pengeluaran.
Menurut Azizee, mangsa akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya semalam selepas menyedari dirinya ditipu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Berita berkaitan
January 28, 2026, 11:42 am
Teo Nie Ching akui kesal gagal iktiraf UEC ketika jadi Timbalan Menteri Pendidikan
January 28, 2026, 11:00 am
KDN tidak dedah maklumat siasatan serangan terhadap anak Rafizi di Dewan Rakyat
January 28, 2026, 10:54 am
Kerajaan digesa nilai semula penganjuran sambutan Hari Pekerja Pelancongan di Bukit Bintang
January 28, 2026, 10:47 am
Lori bergerak sendiri rempuh lima kenderaan di Kajang
January 28, 2026, 10:44 am
18 kenderaan rentung dalam kebakaran belukar berhampiran masjid di Johor Bahru
January 28, 2026, 10:43 am
Sultan Selangor larang nazir dan AJK masjid terbabit politik kepartian
January 28, 2026, 10:37 am
Gerai burger jatuh dari lori, penunggang motosikal cedera di Kamunting
January 28, 2026, 9:45 am
Pelajar tahfiz cedera dipukul rakan sekolah di Kajang, polis buka kertas siasatan
January 27, 2026, 11:23 pm
