Berita Berita
Tak bayar gaji, kesan melecur pada tubuh, polis tahan wanita dan anak lelaki disyaki dera pembantu rumah di Gombak
KUALA LUMPUR 8 Dis: Polis menahan seorang wanita dan anak lelakinya selepas mereka dipercayai mendera pembantu rumah warga tempatan dalam kejadian di Gombak, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, kedua-dua suspek berusia 57 dan 30 tahun itu direman sehingga 11 Disember bagi membantu siasatan.
Menurutnya, mangsa berusia 22 tahun yang bekerja di rumah berkenaan sejak September kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan bagi memastikan keselamatannya.
“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa stabil namun mempunyai kesan luka pada beberapa bahagian badan serta kesan melecur pada lengan. Mangsa turut mendakwa tidak menerima sebarang bayaran gaji sepanjang bekerja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mangsa membuat laporan polis pada jam 8.38 malam Sabtu selepas berjaya melarikan diri ke rumah jiran untuk mendapatkan bantuan.
Noor Ariffin berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12 dan 13 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan diminta menghubungi ASP Ikhwanizam Ismail di talian 019-600 0468 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di 03-6126 2222.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 5:07 pm
DAP Melaka ucap terima kasih kepada Dr Akmal, tegaskan tidak termakan provokasi
January 15, 2026, 3:16 pm
Tender ATM: SPRM sita wang tunai, emas dan aset mewah bernilai RM11.4 juta
January 15, 2026, 2:39 pm
Polis buru tiga suspek kes pecah rumah di Bemban
January 15, 2026, 2:12 pm
Kehadiran ke Perhimpunan Pemuda UMNO detik emosional buat Khairy
January 15, 2026, 1:10 pm
'Saya minta maaf' - Dr Akmal umum letak jawatan EXCO Melaka
January 15, 2026, 1:03 pm
‘Tak pernah dengar DAP puji UMNO, yang ada kutukan ketika Presiden dapat NFA ’ – Dr Akmal
January 15, 2026, 11:29 am
JPJ Selangor tingkat penguatkuasaan, 2,712 saman kenderaan berat dikeluarkan langgar larangan waktu puncak
January 15, 2026, 11:02 am
Tiga rentung dalam kebakaran besar babit empat kilang di Banting
January 15, 2026, 10:54 am
Dua beradik dicekup KPDN simpan 250 liter petrol guna tangki ubah suai
January 15, 2026, 10:38 am
