Berita Berita
Hina Islam: Notis merah gagal diperoleh terhadap Ganesparan

KUALA LUMPUR - Notis merah gagal dikeluarkan terhadap seorang pemilik Facebook, Ganesparan Nadaraja susulan kesalahan membabitkan isu agama dan perkauman tidak tersenarai dalam Artikel 3, Polis Antarabangsa (Interpol).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini pernah memohon notis merah kepada Interpol terhadap lelaki tersebut.
“Bagaimanapun, kesalahan yang dilakukannya berkaitan agama dan perkauman tidak diletakkan dalam Artikel 3, Interpol.
“Justeru, kita mengambil tindakan lanjut dengan meminta Jabatan Imigresen Malaysia untuk membatalkan pasport milik Ganesparan pada November 2020," katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman, di sini, pada Rabu.
Mohd Shuhaily berkata, Ganesparan dikesan telah meninggalkan Malaysia pada 2017 dan tidak pernah pulang ke negara ini.
"Sebanyak 22 kertas siasatan dibuka terhadap lelaki warga tempatan tersebut berkaitan isu Agama, Bangsa dan Institusi Diraja (3R) dari 2017 hingga tahun ini.
“Ganesparan juga pernah didakwa secara 'in absentia' pada 2022 kerana menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob," katanya.
Beliau berkata, berkaitan video tular baru-baru ini, polis percaya ia dimuat naik dari luar negara.
"Kita akan perkemaskan kertas siasatan sebelum hantar ke Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk arahan selanjutnya,” katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, pihaknya menerima dua laporan polis berhubung video dimuat naik Ganesparan yang menghina menghina agama Islam, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah selain membuat tohmahan terhadap PDRM.
PDRM akan mendapatkan bantuan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berkaitan pemilik akaun Facebook itu.
Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dan Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan iaitu mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapikan mana-mana golongan atau kaum.
Siasatan turut dilakukan di bawah Seksyen Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
Selain itu, pihak polis turut menjalankan siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan iaitu atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci serta niat jahat atau memudaratkan perpaduan. - Sinar Harian
#HINAISLAM #NOTISMERAH #INTERPOL #GANESPARANNADARAJA #BUKITAMAN
Berita berkaitan
July 6, 2025, 10:50 am
Ibu pejabat PN ditutup selepas tamat tempoh sewaan - Azmin
July 6, 2025, 10:44 am
Empat cedera termasuk kanak-kanak, kereta rempuh tiga motosikal langgar lampu merah
July 5, 2025, 5:46 pm
Calon SPM maut kemalangan dalam perjalanan ke kelas tambahan
July 5, 2025, 5:10 pm
Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh kereta dipandu warga emas
July 5, 2025, 4:12 pm
Bas ekspres rempuh palang had ketinggian akibat terlalu bergantung aplikasi navigasi
July 5, 2025, 11:10 am
Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon
July 5, 2025, 10:58 am
Hamzah persoal keputusan kerajaan tidak sambung khidmat Ketua Hakim Negara
July 5, 2025, 10:35 am
Tujuh cedera ringan bas ekspres langgar palang had ketinggian di Nilai
July 5, 2025, 10:12 am
Pelajar tingkatan empat maut motosikal terbabas di Shah Alam
July 4, 2025, 8:51 pm