Berita Berita
'Tunggu waktu orang Melayu bersatu melawan kezaliman kamu!' - Pemimpin UMNO 'naik angin' pemimpin DAP rai keputusan kes Najib
KUALA LUMPUR 22 Dis – Reaksi beberapa pemimpin DAP susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonan semakan kehakiman Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung titah adendum mencetuskan kemarahan pemimpin UMNO, yang menyifatkannya sebagai tidak sensitif dan biadab.
Hantaran Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin di media sosial menjadi punca rasa kurang senang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Razlan Rafii.
Walaupun tidak menyatakan secara jelas, pemimpin DAP itu dipercayai merujuk kepada keputusan mahkamah hari ini yang menolak permohonan Najib berkaitan dakwaan titah adendum yang membolehkan bekas perdana menteri itu menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah.
“Satu lagi sebab untuk meraikan hujung tahun ini,” tulis Yeo sejurus selepas Hakim Alice Loke Yee Ching memutuskan bahawa titah adendum itu tidak dibincang atau diputuskan dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan ke-61 pada 29 Januari 2024.
Susulan keputusan itu, mahkamah memerintahkan Najib untuk terus menjalani baki hukumannya di Penjara Kajang.
Tidak lama selepas itu, Razlan yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, tampil menyelar kenyataan berkenaan.
“Ini kenyataan yang sangat kurang ajar!
“Tunggu waktu orang Melayu bersatu melawan kezaliman dan hasutan kamu,” katanya sambil melampirkan hantaran Yeo.
Kenyataan Yeo turut menerima kecaman Exco Wanita UMNO, Nurulhidayah Ahmad Zahid.
“Penat kerja dengan samapah DAP jenis ini,” katanya, yang juga anak kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Dalam penghakimannya hari ini, Hakim Alice Loke memutuskan bahawa titah adendum berkenaan tidak mematuhi Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu tidak sah.
"Responden tidak mempunyai kuasa dan tiada kewajipan untuk mematuhi atau menguatkuasakannya… sebaliknya, pemohon (Najib) tidak mempunyai hak untuk memperoleh perintah mandamus… oleh itu, semakan kehakiman ini ditolak dan saya tidak membuat sebarang perintah berkaitan kos," katanya.
Pada 13 Ogos lalu, Mahkamah Persekutuan mengembalikan kes berkenaan kepada Mahkamah Tinggi untuk didengar dari segi merit di hadapan hakim baharu selepas menolak permohonan Peguam Negara untuk merayu ke Mahkamah Rayuan berhubung isu titah adendum.
Najib, 72, memohon perintah mandamus bagi memaksa semua responden mengesahkan dan mendedahkan kewujudan dokumen tambahan yang didakwa bertarikh 29 Januari 2024.
Beliau menamakan Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri serta Kerajaan Malaysia sebagai responden.
Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Subang, Armand Azha Abu Hanifah turut memberi amaran kepada penyokong Pakatan Harapan agar tidak keterlaluan meraikan keputusan mahkamah tersebut.
“Jangan buat macam perjuangan kami ini kosong. Kami tak pernah berhenti perjuangkan keadilan untuk Datuk Seri Najib Razak dan korang ingat senang-senang boleh hina, perlekeh dan sentuh sensitiviti kami hanya sebab hari ini korang rasa ‘menang’? Kepala hotak korang lar.
"Ingat satu benda. Kerjasama politik dalam kerajaan bukan lesen untuk biadab. Bukan tiket untuk pijak perasaan rakan sendiri.
"Dan bukan alasan untuk hilang adab dan kemanusiaan. Kalau tak mampu hormat pendirian orang lain, jangan harap kami senyap,” tegasnya dalam satu kenyataan keras.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Subang, Wong Chen memberikan reaksi ringkas terhadap keputusan mahkamah berkenaan menerusi media sosial dengan menulis: “Keadilan hidup.”
Berita berkaitan
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
