Berita Berita
Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
KUALA LUMPUR 30 Dis - Selepas lima tahun memimpin Perikatan Nasional (PN), Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin secara rasmi mengumumkan peletakan jawatannyasebagai Pengerusi gabungan itu, berkuat kuasa 1 Januari ini.
Melalui kenyataan media yang dimuatnaik di Facebook sebentar tadi, bekas Perdana Menteri itu turut melahirkan penghargaan kepada semua kepimpinan PN atas sokongan kepada beliau sepanjang memimpin gabungan terbabit.
Muhyiddin telah mengetuai gabungan itu sejak 7 Ogos 2020, iaitu tarikh ia didaftarkan secara rasmi.
"Saya membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN berkuat kuasa 1 Januari 2026.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan PN yang memberikan sepenuh sokongan kepada saya selama saya memimpin PN sejak penubuhannya lima tahun lalu," katanya.
Selain BERSATU, parti utama yang berada dalam gabungan PN antaranya PAS dan GERAKAN.
Pada masa sama, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata pihaknya turut mengucapkan selamat maju jaya kepada semua barisan kepimpinan PN.
Sebelum ini, wujud beberapa desakan daripada PAS termasuk oleh Ketua Pemudanya, Afnan Hamimi Taib Azamudden, yang mahu jawatan Pengerusi PN diberi kepada PAS.
Perselisihan hubungan antara PAS dan BERSATU semakin ketara selepas berlakunya pergolakan politik di Perlis yang menyaksikan peletakan jawatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang dari PAS, Mohd Shukri Ramli sebagai Menteri Besar.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 10:44 pm
'Jika itu menyinggung DAP...' - Ahmad Zahid tarik balik kenyataan ada dua kem dalam DAP
January 18, 2026, 11:45 am
Samun awal pagi: Remaja kejar suspek hingga motosikal terbabas
January 18, 2026, 11:33 am
Dua maut rentung dalam kebakaran kuarters pekerja di Miri
January 18, 2026, 11:28 am
Bapa saudara ditahan pukul anak buah guna rotan, baling kerusi
January 18, 2026, 11:24 am
Solat Hajat Perdana Demi Najib 3.0 simbol solidariti tuntut keadilan
January 18, 2026, 11:18 am
Nuh Travel urus tiket dan penginapan keluarga Allahyarhamah Nadia Kesuma di Jeddah
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
