Berita Berita
Sahruddin pula letak jawatan Pengerusi PN Johor
JOHOR BAHRU 30 Dis : Selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), langkah sama disusuli teraju gabungan itu di Johor.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong, Datuk Dr Sahruddin Jamal melalui hantaran di Facebook mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.
"Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor. Hilang jawatan MB (Menteri Besar) pun saya, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka," katanya.
Mengulas lanjut keputusan itu, bekas Menteri Besar Johor itu berkata tindakannya itu menyusul selepas peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat pusat.
"Saya mudah sahaja, bila pimpinan pusat letakkan jawatan, (dan) saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin). Bila beliau letak jawatan, saya pun letak (jawatan PN Johor).
"Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor," katanya memaklumkan status ADUN di Pagoh serta kedudukan Bersatu di kawasan itu tiada perubahan.
Sahruddin dalam pada itu berharap pelantikan jawatan Pengerusi PN Johor kelak akan dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di Johor.
"PN Johor ok, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ianya berjalan baik.
"Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor," katanya.
Berita berkaitan
January 18, 2026, 10:44 pm
'Jika itu menyinggung DAP...' - Ahmad Zahid tarik balik kenyataan ada dua kem dalam DAP
January 18, 2026, 11:45 am
Samun awal pagi: Remaja kejar suspek hingga motosikal terbabas
January 18, 2026, 11:33 am
Dua maut rentung dalam kebakaran kuarters pekerja di Miri
January 18, 2026, 11:28 am
Bapa saudara ditahan pukul anak buah guna rotan, baling kerusi
January 18, 2026, 11:24 am
Solat Hajat Perdana Demi Najib 3.0 simbol solidariti tuntut keadilan
January 18, 2026, 11:18 am
Nuh Travel urus tiket dan penginapan keluarga Allahyarhamah Nadia Kesuma di Jeddah
January 18, 2026, 6:08 am
Tanda tanya terjawab, Nadia Kesuma meninggal dunia di Jeddah akibat sakit jantung
January 17, 2026, 11:37 am
Lelaki maut ditembak di hadapan premis cuci kenderaan di Nibong Tebal
January 17, 2026, 11:31 am
Kehilangan Nadia Kesuma diklasifikasi sebagai orang hilang
January 17, 2026, 11:24 am
