Berita Berita
Video remaja dibuli beramai-ramai di taman permainan tular, polis belum terima laporan
JASIN 31 Dis - Sebuah video memaparkan seorang remaja lelaki didakwa menjadi mangsa buli di sebuah taman permainan di daerah ini mencetuskan kemarahan dan kebimbangan orang ramai selepas tular di media sosial sejak semalam.
Video berdurasi dua minit tiga saat itu dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook, Nur Azwaa, yang mendakwa mangsa merupakan ahli keluarganya sendiri, sekali gus menjadikan insiden berkenaan lebih menyayat hati.
"Sumpah gigil tengok budak ni kena pukul, kena buli sampai macam ni… selama ni tengok orang luar saja kena, tak sangka bila jadi dekat keluarga sendiri," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut Nur Azwaa, mangsa bukan sahaja dipukul dan dipijak sehingga terjatuh, malah dipercayai telah diperlakukan sedemikian dalam tempoh agak lama sebelum kejadian itu dirakam.
"Dapat info sebelum kena rakam pun dah teruk kena pukul, kena pijak.
"Sayu hati tengok berapa lama adik ni bergelut sorang-sorang melawan," katanya.
Rakaman itu turut menunjukkan mangsa terbaring di atas tanah, sekali gus mencetuskan persoalan dalam kalangan warganet mengenai budaya buli yang dilihat masih berleluasa, khususnya dalam kalangan remaja.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert memaklumkan bahawa setakat ini pihak polis belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian tersebut.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang
April 3, 2026, 1:52 pm
