Berita Berita
Pemuda UMNO tegaskan keluar kerajaan keputusan parti
KUALA LUMPUR 4 Jan – Pemuda UMNO menegaskan gesaan supaya parti itu menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah adalah keputusan dalaman parti, bukannya sesuatu yang perlu dibawa oleh Perdana Menteri ke mesyuarat Kabinet.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, pihaknya sedar bahawa soal kekal atau keluar daripada kerajaan merupakan hak mutlak parti dan tidak wajar diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan Persekutuan.
“Semalam kita minta UMNO tarik diri daripada Kerajaan Perpaduan dan menjadi pembangkang yang bermaruah. Kita tidak pernah minta Perdana Menteri membawa perkara itu ke Kabinet kerana keputusan itu adalah keputusan parti, bukan keputusan kerajaan,” katanya.
Beliau turut mempersoalkan sikap beberapa parti komponen kerajaan negeri Melaka, khususnya Amanah dan DAP, yang didakwa mahu menunggu keputusan dibawa ke Mesyuarat Exco sekiranya berhasrat untuk keluar daripada kerajaan negeri.
“Kalau rasa berani untuk keluar, keluarlah. Tidak perlu tunggu Mesyuarat Exco kerajaan negeri. Itu keputusan parti masing-masing,” tegasnya.
Menurut Akmal, Kerajaan Negeri Melaka diyakini mampu terus berfungsi dengan baik walaupun tanpa penyertaan parti-parti tertentu dalam pentadbiran sedia ada.
“Insya-Allah kerajaan negeri akan tetap berjalan dengan baik walaupun kamu tiada dalam kerajaan. Apa ada masalah?” katanya.
Terdahulu, kenyataan Pemuda UMNO berhubung hala tuju parti dalam Kerajaan Perpaduan mencetuskan perbahasan hangat dalam kalangan parti komponen di peringkat Persekutuan dan negeri.
Berita berkaitan
January 15, 2026, 6:15 pm
ROS sahkan pelanggaran perlembagaan MIPP, pemilihan Presiden PN berdepan risiko dicabar
January 15, 2026, 6:10 pm
Polis sahkan dakwaan penderaan kanak-kanak di Taiping tidak berasas
January 15, 2026, 6:01 pm
Polis tahan doktor disyaki bunuh isteri, anak 4 tahun di Johor Bahru
January 15, 2026, 5:53 pm
Pemuda Pahang rayu Agong perkenan pembebasan penuh Najib
January 15, 2026, 5:07 pm
DAP Melaka ucap terima kasih kepada Dr Akmal, tegaskan tidak termakan provokasi
January 15, 2026, 3:16 pm
Tender ATM: SPRM sita wang tunai, emas dan aset mewah bernilai RM11.4 juta
January 15, 2026, 2:39 pm
Polis buru tiga suspek kes pecah rumah di Bemban
January 15, 2026, 2:12 pm
Kehadiran ke Perhimpunan Pemuda UMNO detik emosional buat Khairy
January 15, 2026, 1:10 pm
'Saya minta maaf' - Dr Akmal umum letak jawatan EXCO Melaka
January 15, 2026, 1:03 pm
