Berita Berita
Tragedi budak ditarik ombak: Mayat Muhammad Zarif ditemukan awal pagi tadi
KUALA NERUS 11 Jan - Misteri kehilangan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang dihanyutkan ombak besar sejak Jumaat lalu akhirnya terjawab apabila jasad mangsa, Muhammad Zarif Mohd Hazahari, ditemui terdampar di pesisir Pantai Kampung Mengabang Panjang, Batu Rakit pada awal pagi tadi.
Penemuan menyedihkan itu berlaku sekitar jam 3 pagi hasil rondaan yang dijalankan oleh pasukan penyelamat bersama orang awam di kawasan pesisir pantai tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Noor mengesahkan bahawa ketika ditemui, mayat mangsa berada dalam keadaan tidak berbaju dan tidak berseluar, namun fizikalnya masih 90 peratus sempurna.
Jarak antara lokasi jasad ditemui dengan lokasi asal mangsa dilaporkan hilang iaitu di Pantai Sauh, Kampung Pengkalan Atap adalah kira-kira enam kilometer. Mayat kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA) untuk tindakan lanjut.
Proses pengecaman telah dilakukan oleh ibu bapa kandung serta ahli keluarga mangsa di bilik mayat hospital berkenaan. Menurut ACP Azli Mohd Noor, pihak keluarga mengesahkan mayat itu adalah anak kandung mereka.
Selain itu, keterangan saksi bebas iaitu ibu saudara mangsa turut dirakamkan yang mana beliau mengesahkan mangsa dipercayai lemas selepas ditarik ombak besar ketika berada di pantai berkenaan pada Jumaat lalu.
Berdasarkan laporan awal, tragedi tersebut berlaku sekitar jam 6.30 petang ketika mangsa bersama ibu saudaranya serta empat lagi kanak-kanak lain sedang bersiar-siar di Pantai Sauh.
Selepas setengah jam berada di situ, mangsa dikatakan telah menghampiri gigi air sebelum secara tiba-tiba dihanyutkan oleh ombak besar.
Buat masa ini, pihak polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai kematian akibat lemas dan siasatan lanjut masih diteruskan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
