TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Cuba elak anjing, Honda City rempuh motosikal, tiga kereta dan sebuah rumah

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU 20 Jan - Seorang penunggang motosikal cedera selepas dirempuh sebuah kereta jenis Honda City dalam kemalangan melibatkan beberapa kenderaan di Jalan Permas 1, Permas Jaya, di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 4.10 petang itu, kereta Honda City berkenaan turut merempuh tiga buah kereta lain serta sebuah rumah di lokasi kejadian.

Menurut beliau, pemandu Honda City merupakan lelaki tempatan berusia 26 tahun yang bekerja sebagai pemandu e-hailing.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu terbabit sedang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menghala ke Taman Bukit. Keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik dan aliran trafik tidak sesak.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak seekor haiwan, dipercayai anjing, yang tiba-tiba melintas di laluan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan, manakala penunggang motosikal mengalami kecederaan ringan di beberapa bahagian badan.

“Penunggang motosikal terbabit telah dibawa ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Menurut Raub, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kemalangan.

+ - reset