Berita Berita
Mayat lelaki separa reput ditemukan di ladang di Mengkarak
KUANTAN 20 Jan – Polis menemukan mayat seorang lelaki dalam keadaan separa reput di kawasan Ladang Karmen, Mengkarak, Bera pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, Balai Polis Mengkarak menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat itu kira-kira jam 10 pagi.
Menurutnya, setakat ini punca kematian serta identiti mangsa masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hospital Temerloh) bagi tujuan bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut atau kehilangan ahli keluarga diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Bera di talian 09-250 8222, Balai Polis Mengkarak di 019-910 1044 atau hadir ke balai polis berhampiran.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
