Berita Berita
Tekanan di tempat kerja salah satu punca gay - Menteri Agama
KUALA LUMPUR 28 Jan - Pelbagai faktor luaran dan dalaman dikenal pasti mempengaruhi keterlibatan seseorang dalam gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), termasuk tekanan berkaitan pekerjaan, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan.
Merujuk kepada sebuah kajian yang dijalankan pada 2017, beliau berkata pengaruh sosial, pengalaman seksual serta faktor peribadi lain turut menyumbang kepada kecenderungan individu terbabit dalam komuniti berkenaan.
"Mengenai faktor-faktor yang menyumbang kepada isu berkaitan LGBT, antaranya seperti yang ditunjukkan dalam kajian oleh Sulaiman et al. (2017), terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penglibatan individu dalam gaya hidup LGBT.
"Pengaruh sosial, pengalaman seksual, tekanan berkaitan kerja dan faktor peribadi lain mempengaruhi individu untuk tergolong dalam kategori ini.
"Kajian tersebut menekankan bahawa gabungan elemen-elemen ini mungkin menyumbang kepada perkembangan tingkah laku berkaitan LGBT," katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen.
Beliau menjawab soalan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff (PN–Rantau Panjang) yang meminta Perdana Menteri memberikan data dan statistik terkini mengenai trend berkaitan isu LGBT di Malaysia, termasuk pecahan peratusan dan kumpulan umur yang terlibat, serta komposisi etnik berdasarkan kajian nasional atau laporan agensi berkaitan, selain faktor utama yang menyumbang kepada peningkatan kes LGBT di negara ini.
Bagaimanapun, Zulkifli berkata kerajaan tidak mempunyai statistik khusus mengenai jumlah populasi LGBT di Malaysia.
Berita berkaitan
May 10, 2026, 9:10 pm
Kerajaan setuju teliti semula subsidi RON95 untuk golongan T20 - Anwar
May 10, 2026, 7:09 pm
Lelaki Myanmar lari lepas rempuh penunggang motosikal hingga maut di Kota Bharu
May 10, 2026, 3:39 pm
Bekas pembantu khas Teresa Kok dijangka didakwa kes rasuah RM500,000 di mahkamah esok
May 10, 2026, 10:49 am
Lelaki maut ditembak depan pusat hiburan di Johor Bahru
May 10, 2026, 8:09 am
Sejarah tercipta, Thalapathy Vijay sah dilantik Ketua Menteri Tamil Nadu
May 9, 2026, 3:44 pm
