Berita Berita
Kenderaan e-hailing boleh perbaharui cukai jalan lebih fleksibel, antara sebulan hingga 12 bulan - MOT
KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan kaedah pembaharuan lesen kenderaan motor (LKM) yang lebih anjal bagi pemilik kenderaan e-hailing sebagai usaha memudahkan pematuhan peraturan serta mengurangkan beban pengusaha.
Mulai hari ini, pemilik kenderaan e-hailing dibenarkan memperbaharui LKM untuk tempoh minimum satu bulan hingga maksimum 12 bulan.
Kementerian Pengangkutan menerusi hantaran di Facebook memaklumkan kemudahan itu susulan beberapa penyelarasan yang dilaksanakan pihaknya bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Selain itu, katanya kadar fi terkumpul bagi tempoh pembaharuan antara satu hingga lima bulan tidak akan melebihi kadar fi LKM enam bulan, dengan pembaharuan tertakluk kepada tempoh sah permit kenderaan (eVP), laporan pemeriksaan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) serta perlindungan insurans yang masih berkuat kuasa.
"Langkah ini memberi kemudahan kepada pengusaha e-hailing, sekali gus memastikan pematuhan peraturan dapat dilaksanakan dengan lebih cekap.
"Inisiatif ini selari semangat Malaysia MADANI yang menekankan kecekapan serta kesejahteraan untuk semua," menurut hantaran itu.
Sementara itu, dalam hantaran berasingan, Kementerian Pengangkutan memaklumkan sejumlah RM10 juta diperuntukkan bagi membantu 5,000 pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun beralih kepada kenderaan baharu yang lebih selamat, cekap tenaga dan mesra alam.
Melalui Program Geran Padanan Penggantian Kenderaan Lama, penerima yang layak akan menikmati geran padanan sehingga RM2,000 daripada kerajaan, yang dipadankan oleh pengeluar kenderaan tempatan.
Inisiatif berkenaan turut melibatkan pembatalan pendaftaran melalui Sistem Pembatalan Pendaftaran Kenderaan Secara Dalam Talian (e-DeREG) oleh JPJ serta pelupusan kenderaan secara sah di Pusat Kemudahan Rawatan Automotif Berlesen (AATF).
Menurut MOT, selain meningkatkan keselamatan jalan raya, program itu turut bertujuan mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.
Berita berkaitan
May 19, 2026, 4:48 pm
KPM peruntuk RM169 juta sedia tablet untuk murid sekolah rendah
May 19, 2026, 3:01 pm
Kad janji temu bahasa Cina, KKM jamin ambil tindakan sewajarnya
May 19, 2026, 2:18 pm
'Pastikan Pandan terus kekal milik PKR' - Anwar
May 19, 2026, 2:06 pm
Pemandu lori didakwa rotan, tampar anak tiri hingga cedera kerana mahu ke sekolah awal
May 19, 2026, 1:09 pm
Bekas pengarah JANS didapati bersalah kes pengubahan wang haram
May 19, 2026, 12:58 pm
Gajah Pygmy Borneo mati dibunuh, kepala dan gading dilarikan pemburu haram
May 19, 2026, 12:44 pm
