Berita Berita
Polis panggil tujuh saksi bantu siasatan kes budak 2 tahun maut tertinggal dalam kereta di Seremban
SEREMBAN 30 Jan - Polis Negeri Sembilan sedang meneruskan siasatan berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang maut dipercayai tertinggal di dalam kereta di Jalan Tunku Hassan, Selasa lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad, berkata sehingga kini tujuh saksi telah dirakam percakapan, termasuk bapa, ahli keluarga serta saksi bebas, bagi membantu siasatan.
"Ibu kepada kanak-kanak berkenaan yang ditahan sebelum ini sudah dibebaskan dengan jaminan polis selepas dirakam percakapan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Alzafny menambah, hasil bedah siasat yang dijalankan di Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau Rabu lalu mendapati punca kematian masih ‘undetermined’ atau belum dapat ditentukan.
"Justeru itu, polis kini sedang menunggu keputusan toksikologi. Tidak pasti berapa lama tempoh keputusan toksikologi itu akan diperoleh, tetapi mungkin mengambil sedikit masa," katanya.
Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sambil menggesa orang ramai menghentikan sebarang spekulasi bagi menjaga sensitiviti keluarga mangsa.
Sebelum ini, media melaporkan kanak-kanak terbabit dipercayai tertinggal di dalam kereta ibunya selama sembilan jam, dari jam 8 pagi hingga 5 petang, sebelum disedari ibunya yang berusia 35 tahun dan bekerja di sebuah bank di kawasan berkenaan.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
Polis mohon bantuan orang ramai kesan remaja hilang selepas tinggalkan rumah di Hulu Kelang
April 3, 2026, 1:52 pm
