Berita Berita
Gagal bayar hutang perkahwinan bekas isteri ketiga RM120,000, penceramah bebas dipenjara 10 hari
GOMBAK 5 Feb - Mahkamah Rendah Syariah di sini menjatuhkan hukuman penjara 10 hari terhadap penceramah bebas kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli, atas kesalahan gagal melunaskan hutang perkahwinan kepada bekas isteri ketiganya berjumlah RM120,000 sejak tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd Faizal Habib selepas menolak alasan penghutang penghakiman, Faridul Firdaus, 40, yang mendakwa mengalami beban ekonomi kronik, selepas mahkamah meneliti fakta, dokumen serta hujah kedua-dua pihak.
Mahkamah turut memerintahkan defendan membayar kos prosiding sebanyak RM3,000 kepada plaintif, Norhasyimah Mohamed Arip, 44.
Ketika membacakan penghakiman, Mohd Faizal berkata alasan yang dikemukakan defendan bersifat penafian semata-mata.
Katanya, berdasarkan eksibit yang dikemukakan, penyata syarikat milik defendan menunjukkan beliau mempunyai pendapatan bulanan sekali gus membuktikan keupayaan kewangan untuk menjelaskan pembayaran penghakiman mahkamah.
"Walaupun bergantung kepada sumber pendapatan ceramah dan tauliahnya sudah ditarik, penghutang kehakiman membuat pengakuan bahawa beliau masih berceramah di tempat awam selepas itu.
"Penghutang kehakiman yang menanggung tiga isteri juga gagal membuktikan perbelanjaan persekolahan 10 anaknya kerana mahkamah mendapati anaknya menjalani pembelajaran di rumah (home schooling) dan diajar sendiri oleh isteri-isterinya.
"Namun, mahkamah memuji usaha penghutang kehakiman menanggung sewa rumah kedua ibu bapanya untuk keselesaan walaupun mempunyai rumah sendiri di Taman Dato Harun. Tetapi itu sekadar ihsan sedangkan membayar hutang adalah kewajipan kepada penghutang," katanya.
Plaintif diwakili Peguam Syarie Musa Awang manakala defendan tidak diwakili peguam. Penghakiman dibuat mengikut Seksyen 179 Enakmen Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri Selangor 2003.
Sebelum ini, mahkamah memerintahkan defendan membayar hutang tersebut secara ansuran RM40,000 selama tiga bulan bermula Oktober hingga Disember 2023, namun beliau gagal mematuhi perintah berkenaan.
Permohonan plaintif dibuat susulan Penghakiman Persetujuan dan Saman Penghutang Penghakiman (SPP) terhadap defendan yang didakwa ingkar membayar hutang perkahwinan.
Defendan dua kali ingkar
Sementara itu, Musa berkata, defendan telah dua kali ingkar penghakiman mahkamah, menyebabkan hukuman penjara selama 10 hari dikenakan.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan defendan masih bertanggungjawab melunaskan hutang berkenaan walaupun selepas selesai menjalani hukuman penjara.
Untuk rekod, pada 16 Julai 2025, Faridul Firdaus turut didenda RM2,800 oleh Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam atas pertuduhan mengajar agama Islam tanpa tauliah.
Berita berkaitan
February 7, 2026, 10:22 pm
Modi puji kepimpinan Anwar, hubungan Malaysia–India terus diperkukuh
February 7, 2026, 6:17 pm
Forum CEO Malaysia–India fokus integrasi teknologi dan AI dalam hubungan perniagaan serantau
February 7, 2026, 3:07 pm
Kelantan jangka masalah air selesai menjelang 2050
February 7, 2026, 2:47 pm
'Tahan, humban mereka yang gugat keselamatan negara' - Anwar
February 7, 2026, 11:16 am
Polis tidak benarkan Perhimpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram di Sogo atas faktor keselamatan
February 6, 2026, 9:59 pm
Bapa OKU sembilan anak didakwa 3 pertuduhan amang seksual anak perempuan bawah umur
February 6, 2026, 5:35 pm
Polis tumpas sindiket dadah laluan Kelantan–Lembah Klang, rampasan dadah bernilai RM13.25 juta
February 6, 2026, 5:20 pm
'Jangan ikut tabiat PAS, semua dia lakukan halal, bila orang lain buat dianggap haram’ – Nga Kor Ming
February 6, 2026, 5:13 pm
