Berita Berita
Bapa dan anak menyamar polis, samun warga Bangladesh RM720
MELAKA 5 Feb – Helah menyamar sebagai anggota polis akhirnya memakan diri apabila dua beranak ditahan polis selepas disyaki menyamun wang tunai milik seorang lelaki warga Bangladesh di sini, Ahad lalu.
Suspek yang merupakan bapa dan anak berusia 51 serta 25 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan D9, Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah dalam serbuan berasingan.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil risikan dan maklumat awam membawa kepada penahanan kedua-dua suspek masing-masing di kawasan perindustrian ringan Telok Mas dan sebuah pondok berhampiran Masjid Al-Alami, Ayer Keroh pada 1 dan 2 Februari lalu.
Menurut beliau, siasatan mendapati kedua-dua suspek dipercayai menyamar sebagai anggota polis sebelum menahan mangsa yang sedang mengayuh basikal, kononnya untuk pemeriksaan.
“Mereka berpura-pura memeriksa beg sandang mangsa sebelum melarikan wang tunai RM720 milik lelaki warga Bangladesh itu,” katanya kepada pemberita, di sini.
Christopher berkata, tangkapan tersebut berjaya menyelesaikan satu kes samun yang disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan serta kesalahan menyamar sebagai penjawat awam di bawah Seksyen 170 kanun sama.
Hasil semakan lanjut mendapati suspek berusia 51 tahun yang bekerja sebagai pengawal keselamatan mempunyai tiga rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan rogol, samun dan penipuan.
Manakala anaknya yang bekerja di kilang pula pernah terlibat dalam kes menyamar sebagai polis dan samun sebelum ini.
“Polis telah memperoleh arahan pendakwaan terhadap suspek berusia 51 tahun di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan dan dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Air Keroh esok,” katanya.
Tambah beliau, keputusan saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek negatif dadah.
Dalam pada itu, polis menggesa orang awam yang pernah menjadi mangsa kejadian sama supaya tampil membuat laporan bagi membantu siasatan lanjut.
Berita berkaitan
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
