Berita Berita
Pelakon veteran, Kamal Bakar meninggal dunia akibat kanser paru-paru

KUALA LUMPUR 25 Jun - Pelakon veteran, Kamal Bakar, 62, dimaklumkan meninggal dunia di Hospital Melaka pada pukul 1 pagi tadi akibat kanser paru-paru tahap empat.
Berita duka itu diberitahu anak sulungnya yang juga pelakon Hanis Kamal, 35.
Hanis berkata, bapanya akan diuruskan di Hospital Melaka terlebih dahulu sebelum dibawa ke Masjid Bukit Baru, Melaka.
"Sekarang kami sekeluarga sedang uruskan jenazah arwah untuk dibawa pulang ke rumah.
"Keundian, dari rumah kami akan bawa ke Masjid Bukit Baru untuk urusan mandi dan kafan.
"Arwah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Baru, Melaka,” katanya.
Sabtu lalu, Hanis memaklumkan, bapanya dalam keadaan nazak selepas dua minggu dirawat di ICU dan doktor memaklumkan agar bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Pada 3 Jun lalu, Kamal dikejarkan ke Hospital Melaka selepas keluarga bimbang dengan perubahan sikap termasuk keadaan kesihatan yang semakin merosot ditunjukkan pelakon berkenaan.
Selepas ke ICU Hospital Melaka dan mendapatkan rawatan, Kamal disahkan menghidap kanser paru-paru tahap empat.
Kamal meninggalkan seorang balu, Sarina Shariff, 56, dan lima orang anak.
Kamal atau Kamaruldzaman Bakar memulakan kerjaya lakonan sejak era 1970-an dengan membintangi banyak drama dan filem seperti Andai Itu Takdirnya, Orang Minyak, Suami Aku Ustaz, Pendekar dan Ratu Ten Pin. - Media Telus
#KAMALBAKAR #PELAKON #MENINGGALDUNIA
Berita berkaitan
September 8, 2025, 11:10 pm
Pemotong rumput selisih ajal terjatuh lubang enam meter semasa kerja pembersihan di Semenyih
September 8, 2025, 10:20 pm
Hospital Kemaman siap 84 peratus, lewat 8 tahun akibat masalah kewangan kontraktor - Dr Dzulkefly
September 8, 2025, 8:36 pm
Ismail Sabri, bekas setiausaha politik tidak cabar pelucutan hak RM169 juta oleh SPRM
September 8, 2025, 5:48 pm
Lelaki positif dadah tergamak cucuk mata ibu kandung baru pulang kelas agama hingga cedera
September 8, 2025, 4:19 pm
Pengawal keselamatan direman, cederakan ibu sendiri
September 8, 2025, 4:12 pm
UMNO tegur MIC hadir perhimpunan Armada Bersatu
September 8, 2025, 4:02 pm
Subsidi petrol RON95 disasar guna sistem PADU, diumum hujung bulan ini
September 8, 2025, 3:56 pm
KPKM kaji permintaan naikkan harga beras putih tempatan kepada RM3.60 sekilogram
September 8, 2025, 3:05 pm