Berita Berita
Rangka manusia dalam kebun durian milik remaja hilang sejak sebulan lalu
Oleh AZRUL RADI
BATU PAHAT 25 Jun - Penemuan rangka manusia dalam kebun durian berhampiran Kompleks Penghulu Mukim Linau rupa-rupanya milik seorang remaja yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.
Pengecaman itu dilakukan keluarga mangsa melalui dokumen dan beberapa barangan yang ditemui di lokasi milik mangsa, Hafiz Fauzan Abdul Halid, 16, yang dilaporkan hilang pada 26 Mei lalu.
Mangsa sebelum itu dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah dengan menaiki motosikal
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, terdapat motosikal mangsa yang mungkin menjadi punca kepada kematian remaja itu.
Menurutnya, mangsa disyaki terbabas ke tepi jalan dan melanggar tiang elektrik menyebabkan mangsa terjatuh ke kawasan semak agak curam di kebun durian berkenaan
"Walaupun pengecaman daripada keluarga telah dilakukan, pengesahan rasmi rangka yang ditemui akan disahkan selepas laporan asid deoksiribonukleik (DNA) diperoleh.
"Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dengan Bahagian Siasatan Jenayah (prosedur) untuk mengenal pasti jika terdapat unsur jenayah yang menyebabkan kematian mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa. - Media Telus
#RANGKAMANUSIA #KEMALANGAN #KEBUNDURIAN #BATUPAHAT
Berita berkaitan
April 8, 2026, 10:39 pm
Harga diesel Semenanjung RM6.72 seliter
April 8, 2026, 7:13 pm
Kerajaan teliti guna MyKad, MyKasih untuk diesel bersasar
April 8, 2026, 4:29 pm
Polis digantung tugas antara enam suspek samun menyamar anggota di Sentul
April 8, 2026, 3:18 pm
Lelaki didenda RM7,000 tunjuk 'anu' depan budak 12 tahun di kawasan sekolah
April 8, 2026, 2:26 pm
432 mangsa dakwa rugi RM111.8 juta dalam skim forex haram, MHO gesa siasatan menyeluruh
April 8, 2026, 2:15 pm
