TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

MARA sedia pelan bawa pulang pelajar Malaysia di Asia Barat jika situasi meruncing - Asyraf Wajdi

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 8 April - Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menyediakan pelan pemindahan bagi membawa pulang pelajar tajaan di Asia Barat sekiranya keadaan keselamatan di rantau itu memerlukan tindakan segera.

Pengerusinya, Asyraf Wajdi Dusuki berkata pelaksanaan pelan tersebut bergantung kepada situasi semasa serta penyelarasan rapat dengan Wisma Putra.

"Kalau ada apa-apa perkembangan yang boleh menjejaskan keselamatan, kita akan ambil tindakan sewajarnya mengikut nasihat Wisma Putra,” katanya ketika ditemui selepas perasmian penutup Persidangan Pendidikan Antarabangsa MARA di sini pada Rabu.

Menurut beliau, MARA sentiasa berwaspada dan memantau rapat perkembangan semasa di Asia Barat bagi memastikan keselamatan pelajar sentiasa terjamin.

Setakat ini, pelajar tajaan MARA di rantau tersebut masih meneruskan pengajian seperti biasa tanpa sebarang gangguan serius.

Beliau berkata, pelajar MARA di Asia Barat ditempatkan antaranya di Jordan dan Mesir dengan anggaran kira-kira 400 orang.

Mengulas kebimbangan ibu bapa, Asyraf Wajdi menegaskan bahawa MARA mengikuti rapat perkembangan semasa dan meletakkan keselamatan pelajar sebagai keutamaan utama.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan kebajikan pelajar sentiasa dijaga menerusi pemantauan berterusan termasuk melalui pegawai MARA yang ditempatkan di negara berkenaan.

Ditanya kemungkinan pelajar enggan pulang sekiranya diarahkan, beliau berkata semua pelajar tajaan MARA tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

"Saya tidak rasa pelajar Mara akan ingkar kerana mereka tertakluk kepada semua syarat tajaan," tambah beliau.

+ - reset