Berita Berita
Anwar puji peranan KSI sebagai pemikir strategik Asia Pasifik
PUTRAJAYA 10 Feb - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam menerima kunjungan hormat daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI), sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik di rantau Asia Pasifik.
Anwar berkata, KSI memberi tumpuan kepada dialog dasar, pemikiran strategik serta penganjuran forum ekonomi yang menghimpunkan pemimpin kerajaan, sektor swasta dan pihak berkepentingan berkaitan.
Menurut beliau, pertemuan itu menjadi platform penting bagi memperkenalkan misi dan aspirasi KSI dalam usaha memperkukuh pembangunan negara melalui dialog dasar, pemikiran strategik dan inovasi.
“Saya berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada KSI Strategic Institute for Asia Pacific, sebuah organisasi bukan kerajaan yang berperanan sebagai pusat pemikiran strategik di rantau Asia Pasifik,” katanya.
Perdana Menteri turut menghargai perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik antara kerajaan dan KSI yang disifatkan selari dengan agenda Malaysia MADANI.
“Saya turut menghargai perbincangan mengenai potensi kerjasama strategik yang selari dengan agenda Malaysia MADANI, khususnya dalam pembinaan negara, pembangunan kepimpinan berintegriti serta kesejahteraan rakyat secara mampan,” katanya.
Anwar menegaskan, pendekatan berasaskan pemikiran strategik dan dialog dasar yang inklusif penting dalam memastikan dasar pembangunan negara dapat dilaksanakan secara berkesan dan berterusan, demi kepentingan rakyat serta kestabilan serantau.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
