Berita Berita
Tarikh lihat anak bulan Ramadan 17 Februari, pengumuman dibuat malam Selasa
KUALA LUMPUR – Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa umat Islam di Malaysia tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 17 Februari bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa kaedah penetapan tarikh awal Ramadan adalah berdasarkan Rukyah dan Hisab.
Menurut kenyataan itu, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan tarikh permulaan puasa pada malam berkenaan menerusi siaran radio dan televisyen.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengisytiharkan bahawa tarikh bagi melihat anak bulan Ramadan ialah pada petang Selasa, 17 Februari 2026 Masihi bersamaan 29 Syaaban 1447 Hijrah," menurut kenyataan itu.
Sebanyak 29 lokasi di seluruh negara diperkenankan sebagai tempat cerapan anak bulan.
Antaranya ialah Baitul Hilal Bangunan Sultan Ismail, Pontian (Johor); Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Kompleks Baitul Hilal Telok Kemang, Port Dickson (Negeri Sembilan); serta Bukit Melawati, Kuala Selangor; Bukit Jugra, Banting; dan Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor).
Di Perak, cerapan dilakukan di Pantai Pasir Panjang, Manjung; di Pulau Pinang (Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh); dan di Kedah melibatkan Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda; Pemandangan Indah, Pulau Langkawi serta Menara Alor Setar.
Lokasi lain termasuk Bukit Besar, Kuala Terengganu; Bukit Geliga, Kemaman; Pulau Perhentian, Besut; serta Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu).
Di Kelantan pula, ia melibatkan Bukit Peraksi, Pasir Puteh; Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai; dan Menara SEDC, Kota Bharu.
Turut disenaraikan ialah Pusat Falak Miri, Teluk Bandung, Kuching dan Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan (Sabah); serta di Pahang membabitkan Bukit Tanjong Batu, Nenasi; Gunung Berincang, Cameron Highlands; dan Menara Kuantan 188.
Selain itu, cerapan turut dijalankan di Menara Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan, Menara Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya serta Menara Pandang Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis.
Berita berkaitan
April 7, 2026, 9:55 am
Anak Tun Daim didakwa gagal isytihar pegangan saham dalam lima syarikat
April 7, 2026, 9:38 am
Lelaki ditemui maut dalam stor sukan berkunci di UPSI
April 7, 2026, 9:17 am
Pemandu treler positif dadah didakwa bunuh, rempuh van hingga tiga sekeluarga maut
April 7, 2026, 8:49 am
Fadhlina beri penghormatan terakhir kepada dua penuntut IPG Perlis maut lemas
April 7, 2026, 8:32 am
Malaysia jamin laluan selamat bagi kapal komersial yang terkandas di Selat Hormuz
April 7, 2026, 8:23 am
Asnida Daim akan didakwa di mahkamah pagi ini gagal isytihar harta
April 7, 2026, 8:12 am
Akmal sifatkan kegagalan Sunway ambil alih IJM Corp sebagai kemenangan rakyat
April 6, 2026, 11:51 pm
Tawaran ambil alih RM11 bilion Sunway gagal, pegangan IJM tidak cecah 50 peratus
April 6, 2026, 10:57 pm
