Berita Berita
Dua lelaki 'pecah kepala' dipercayai dipukul kumpulan jurugambar haram di KLCC
KUALA LUMPUR 25 Mac – Dua lelaki dilaporkan mengalami kecederaan di kepala selepas dipercayai diserang sekumpulan individu yang didakwa sebagai jurugambar haram dalam satu insiden di Menara Berkembar Petronas pada malam Ahad.
Perkara itu didedahkan pempengaruh yang juga bekas guru, Mohd Fadli Salleh menerusi hantaran di Facebook miliknya.
Menurutnya, kejadian berlaku apabila sekumpulan individu bertindak agresif sehingga mencetuskan pergaduhan dengan pelancong asing di lokasi tumpuan berkenaan.
“Pecah kepala member kena pukul dengan senjata, tak pasti senjata apa dekat KLCC.
“Geng dia ramai, berpuluh orang. Masa itu dia bergaduh dengan pelancong asing sampai tahap pukul pelancong,” katanya.
Beliau mendakwa, dua mangsa yang juga peniaga air balang kebetulan berada di lokasi kejadian dan cuba meleraikan pergaduhan tersebut.
Namun, tindakan itu mengundang padah apabila mereka pula diserang secara beramai-ramai oleh kumpulan terbabit.
“Member yang jual air balang kebetulan ada situ pergi nak leraikan pergaduhan itu. Sekali geng photographer haram datang pukul beramai-ramai.
“Dua orang pecah kepala. Seorang kena tujuh jahitan dan seorang lagi dua jahitan. Pukul curi dari belakang, dia mai sapu. Balang air dia pun kena pecahkan,” ujarnya sambil memaklumkan laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat.
Dalam pada itu, beliau turut mendakwa isu kehadiran jurugambar haram di sekitar KLCC bukan perkara baharu, malah telah lama menjadi rungutan orang ramai.
“Isu photographer haram di KLCC ini sudah lama orang buat aduan dan rungutan.
“Kebal betul geng ini masih boleh buat kerja, siap ugut dan pukul orang lagi.
“Punca pelancong akan pandang serong pada Malaysia. Harap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan polis lebih tegas banteras geng ini. Rosak imej negara,” katanya.
Media ketika ini sedang mendapatkan pengesahan pihak polis berhubung kejadian tersebut.
Berita berkaitan
April 6, 2026, 12:08 pm
Timbalan Ketua Pengarah JAS didakwa lagi, mengaku tidak bersalah terima RM9,110
April 6, 2026, 10:39 am
Imigresen Kedah tahan 21 warga asing dalam Ops Kutip di pusat beli-belah Sungai Petani
April 6, 2026, 10:36 am
Pemandu lawan arus di Jalan Klang Lama ditahan
April 6, 2026, 10:23 am
'Ikon pantun Buletin TV3' – Fahmi Fadzil zahir takziah atas pemergian Karam Singh Walia
April 6, 2026, 10:05 am
Rempuh pagar dengan lori, polis buru kumpulan lelaki ceroboh pusat hiburan di Cheras
April 6, 2026, 8:28 am
Rakyat mahu PN mentadbir kerajaan semula - Peja
April 6, 2026, 7:42 am
Wartawan terkenal, Datuk Karam Singh Walia meninggal dunia pagi ini
April 5, 2026, 10:35 pm
Bekas Pelajar UM juara Kejohanan Catur Masjid India, puji penganjuran bertaraf tinggi
April 5, 2026, 8:48 pm
