Berita Berita
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendakwa Kerajaan Madani tidak melunaskan sepenuhnya komitmen kewangan yang telah dipersetujui bagi memulihkan Lembaga Tabung Haji (TH).
Presiden Parti Bersama Malaysia (Bersama) itu berkata, kerajaan sepatutnya menebus secara penuh RM12.5 bilion yang perlu dibayar kepada TH—sama ada melalui tunai atau aset bernilai setara—bagi menggantikan sukuk Urusan Jamaah Sdn Bhd (UJSB) yang tidak mempunyai aliran tunai kepada aset lebih cair seperti wang, saham, atau hartanah.
Namun begitu, beliau menjelaskan bahawa daripada jumlah keseluruhan RM12.5 bilion tersebut, hanya RM965 juta dilunaskan menerusi aset hartanah iaitu sebidang tanah di Tun Razak Exchange (TRX) dan tanah ladang di Sarawak.
"Jumlah berbaki RM11.5 bilion dilunaskan dalam bentuk satu lagi sukuk baharu yang akan matang dalam tempoh 10 tahun, di mana kerajaan perlu membayar TH RM11.5 bilion pada tahun 2036.
"Sepanjang saya menjadi Menteri Ekonomi, saya ingat kerajaan memang membuat peruntukan lebih dari RM1 bilion setahun untuk melunaskan sukuk UJSB ini bila matang pada 29 Mei 2026," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Rafizi mendesak kerajaan memberikan penjelasan berterus terang di Parlimen berhubung status dana berbilion ringgit yang telah diperuntukkan bagi pemulihan TH sebelum ini.
Beliau turut memberi amaran bahawa tindakan menangguhkan pemulihan kewangan dengan menggantikan kertas hutang lama kepada kertas hutang baharu secara berterusan berisiko mendedahkan TH kepada masalah kecairan aset serta aliran tunai pada masa depan.
Berita berkaitan
October 31, 2026, 5:58 pm
Pengurusan LLM perlu bertanggungjawab isu TuJu
October 31, 2026, 5:36 pm
'Jangan lepas pekerja sewenang-wenangnya', Fahmi sedia bantu syarikat media terjejas kewangan
October 31, 2026, 2:54 pm
PRN Melaka: SPR sahkan 79 calon bertanding di Melaka
October 31, 2026, 11:20 am
Hujan lebat, ribut petir di beberapa negeri bermula hujung minggu ini
October 31, 2026, 10:37 am
PRN Melaka: 28 pusat penamaan calon ditutup 10 pagi
October 31, 2026, 9:13 am
PRN Melaka: Pusat Penamaan Calon dibuka 9 pagi
October 30, 2026, 9:43 pm
Tragedi Nepal-Tibet: PERKESO mula hubungi waris, bayaran dijangka 4 November ini
October 30, 2026, 8:40 pm
MOF tangguh kontrak baharu jalan luar bandar elak tunggakan bayaran, bukannya batal projek
October 30, 2026, 8:23 pm
Polis siasat insiden cermin tren KTMB pecah dalam perjalanan ke Alor Setar
October 30, 2026, 8:19 pm
