Berita Berita
Enam kawasan di Dengkil banjir, 301 mangsa dipindah ke PPS
Oleh AZRUL RADI
SEPANG 24 Ogos - Enam lokasi di Dengkil banjir selepas hujan lebat melanda kawasan itu pada semalam.
Ahli Parlimen Sepang, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, kawasan yang terkesan ialah Kampung Sri Tanjung, Kampung Cemperai, Kampung Semarang, Kampung Orang Asli Sungai Melut, Puspen dan Kampung Revolusi hijau.
"Seramai 301 mangsa ditempatkan di lima pusat pemindahan sementara (PPS) susulan kejadian tersebut.
"112 mangsa banjir ditempatkan di Dewan Orang Ramai Kampung Ahmad Razali, 58 mangsa di Dewan Orang Ramai Taman Gemilang, 16 orang di Balai Raya Semarang, 70 lagi di Dewan Orang Ramai Dengkil dan 46 di SRA Kampung Ahmad Razali.
"Ini menjadikan jumlah mangsa keseluruhan adalah 86 keluarga dengan 301 orang mangsa," katanya menerusi perkongsian di Facebook pada Sabtu.
Beliau menasihatkan penduduk terjejas berhati-hati dan Ikuti arahan dan panduan pihak berkuasa dan mangsa juga diminta berhubung terus dengan JPKK masing-masing untuk tindakan lanjut.
"Saya turut mengarahkan Pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sepang untuk terus membuat pemantauan rapat sejak kejadian tadi dan termasuklah di PPS.
"Semoga ALLAH menjauhkan kita daripada sebarang musibah dan merahmati kita dengan sebaik-baik pertolongan," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 3, 2026, 9:41 pm
Campak ke dinding, lelaki ditahan dera anak kucing di dobi layan diri di Kajang
April 3, 2026, 9:17 pm
Selisih ajal, wanita tersepit bawah tren LRT berjaya diselamatkan bomba di Abdullah Hukum
April 3, 2026, 6:15 pm
Dua remaja maut, seorang parah kereta rempuh tembok konkrit di Lebuhraya Iskandar Sultan
April 3, 2026, 5:49 pm
Anwar lancar MADANI Mart, kedai komuniti harga rahmah pertama
April 3, 2026, 5:43 pm
Amirudin wakili Malaysia terajui delegasi Global Sumud Flotilla 2.0
April 3, 2026, 4:25 pm
Pemandu mabuk dipenjara 7 hari, didenda RM10,000
April 3, 2026, 3:34 pm
Empat sekeluarga termasuk ibu kandung didakwa bunuh budak perempuan di Taiping
April 3, 2026, 3:09 pm
