Berita Berita
Lelaki sihat meninggal dunia ketika mendaki Bukit Galing

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUANTAN 2 September - Seorang lelaki yang pekerja syarikat logistik meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas ketika mendaki Bukit Galing, dekat Jalan Haji Ahmad di sini, pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata berdasarkan laporan, mangsa berusia 32 tahun bersama tiga yang lain memulakan pendakian pada jam 9 pagi.
Beliau berkata, apabila tiba di puncak bukit jam 11 pagi, mangsa mengadu sesak nafas, sebelum pendaki lain menghubungi pihak berkuasa untuk mendapatkan bantuan.
"Pada jam 1.10 tengah hari, anggota bomba tiba di lokasi dan mangsa diberikan bantuan awal oksigen sebelum dibawa turun menggunakan pengusung.
"Ketika dalam perjalanan turun ke kaki bukit, manga mengadu mengalami sakit di bahagian dada dan seterusnya tidak sedarkan diri.
"Usaha menurunkan mangsa mengalami kesukaran kerana laluan yang curam dan mengambil masa kira-kira tiga jam untuk tiba di kaki bukit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Mohd Zahari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.
"Ahli keluarga memaklumkan mangsa yang masih bujang aktif mendaki dan tidak mempunyai sebarang penyakit.
"Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan mangsa dipercayai mengalami serangan jantung," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
July 4, 2025, 12:55 pm
'Berat nanang', makin ramai remaja gemuk, hisap vape di Terengganu - JKNT
July 4, 2025, 12:43 pm
MOF beri kelonggaran pengisian penyata SST secara manual sehingga September
July 4, 2025, 12:37 pm
Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang elektrik di Pasir Puteh
July 4, 2025, 12:27 pm
Lelaki parah ceroboh landasan LRT Subang Alam, perkhidmatan tergendala lebih 2 jam
July 4, 2025, 12:24 pm
Empat dikompaun RM1,200 gagal pakai tali pinggang keledar – JPJ Terengganu
July 4, 2025, 11:41 am
Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali perkukuh keselamatan maritim
July 4, 2025, 11:13 am
Malaysia komited perkukuh hubungan strategik dengan Kanada – Anwar
July 4, 2025, 10:50 am
"Keputusan sukar tapi perlu" – Nik Nazmi ucap selamat tinggal
July 4, 2025, 10:43 am
Bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM persoal tindakan pelucuthatakan RM170 juta kes Ismail Sabri
July 4, 2025, 10:38 am