TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

"Keputusan sukar tapi perlu" – Nik Nazmi ucap selamat tinggal

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA 4 Julai – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad berkongsi detik perpisahan bersama warga Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam selepas peletakan jawatannya sebagai menteri berkuat kuasa hari ini.

Menerusi ciapan di platform X, beliau turut memuat naik dua gambar bersama kakitangannya, selain meluahkan penghargaan terhadap peluang yang diberikan sepanjang menggalas jawatan tersebut.

"Terima kasih memberi saya peluang untuk menjadi Menteri di pejabat ini. Muda (dan jiwa muda), penuh dedikasi. Terima kasih kerana memahami pilihan sukar ini. Acap kali keputusan yang betul adalah keputusan yang sukar," katanya dalam hantaran itu.

Beliau turut berkongsi bait lirik lagu kumpulan rock terkenal dari Amerika Syarikat, Green Day, berjudul Time of Your Life sebagai tanda penghargaan dan kenangan sepanjang berada dalam kementerian.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berharap agar Nik Nazmi mempertimbangkan semula keputusan untuk meletakkan jawatan.

Nik Nazmi menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Mei lalu, dan mengumumkan ia berkuat kuasa 4 Julai.

Keputusan beliau diambil hanya beberapa jam selepas Datuk Seri Rafizi Ramli turut mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Ekonomi, berkuat kuasa 17 Jun, pada hari yang sama.

Kedua-dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu mengambil keputusan berundur susulan kekalahan dalam pemilihan parti pada Mei lalu, masing-masing bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden. – Media Telus

+ - reset