Berita Berita
Malaysia rancang beli aset ketenteraan dari Itali perkukuh keselamatan maritim

ROME 4 Julai – Malaysia merancang untuk membeli pelbagai aset ketenteraan termasuk pesawat pemantau maritim, helikopter dan kapal laut daripada Itali dalam usaha memperkukuh keselamatan dan pertahanan negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembelian berkenaan merangkumi dua pesawat pemantau maritim (Maritime Patrol Aircraft) untuk kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) serta 28 helikopter Leonardo AW149.
Menurut beliau, syarikat pertahanan Itali, Fincantieri pula dijangka membekalkan kapal sokongan logistik pelbagai peranan (MRSS) dan kapal peronda pesisir pantai (LMS).
“Pembelian aset tentera ini akan membantu mengukuhkan hubungan sedia ada dengan Itali yang terkenal dengan industri ketenteraan,” katanya pada sidang media menutup lawatan kerja tiga hari ke Itali.
Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang turut menyertai lawatan itu menjelaskan, perincian pembelian akan dibuat agar Malaysia turut memperoleh manfaat dari aspek latihan dan pembangunan keupayaan.
Menurutnya, penerbangan pesawat maritim itu pada peringkat awal dijangka menggunakan Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka sebagai pangkalan operasi.
Beliau turut memaklumkan bahawa kerajaan Malaysia mencadangkan supaya pembelian aset-aset ini dibuat melalui kaedah perolehan secara kerajaan-ke-kerajaan (G to G).
“Ini akan membantu kita mendapatkan harga yang lebih baik dan jaminan aset daripada kerajaan Itali,” katanya.
Dalam masa sama, Kementerian Pertahanan turut mencadangkan kerjasama dua hala diperluas ke bidang baharu dalam sektor pertahanan termasuk kecerdasan buatan (AI) serta pembangunan pusat kawalan keselamatan bawah laut.
Anwar tiba di Itali pada Selasa atas jemputan rasmi Perdana Menteri Itali, Giorgia Meloni, sebagai sebahagian daripada lawatan kerja ke tiga negara – Itali, Perancis dan Brazil.
Perdana Menteri dijadualkan berlepas ke Paris selepas ini untuk mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron sebelum menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro, Brazil atas jemputan Presiden Luiz Inácio Lula da Silva. – BERNAMA
Berita berkaitan
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm
Baru beberapa hari beroperasi, Aerotrain KLIA dilaporkan rosak semula
July 4, 2025, 3:48 pm
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000
July 4, 2025, 3:20 pm
Urusan lesen jual vape, e-rokok bawah bidang kuasa kerajaan negeri, PBT - KKM
July 4, 2025, 12:55 pm
'Berat nanang', makin ramai remaja gemuk, hisap vape di Terengganu - JKNT
July 4, 2025, 12:43 pm