Berita Berita
Komposer ditahan pukul rakan serumah akibat perselisihan bunyi bising

AMPANG 4 Julai – Seorang komposer dan pemain gitar ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung insiden memukul rakan serumahnya dalam kejadian yang berlaku di Pandan Indah, di sini, awal pagi Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata kejadian berlaku kira-kira jam 6.30 pagi apabila mangsa berusia 52 tahun terjaga daripada tidur selepas terdengar bunyi pintu bilik air dihempas dengan kuat.
“Tidak berpuas hati, mangsa keluar dari biliknya dan menghempas pintu bilik air itu semula. Suspek yang berada di bilik bersebelahan bertindak keluar membawa sebatang besi dan memukul mangsa hingga cedera di tangan.
“Kejadian turut disusuli pertengkaran mulut sebelum suspek mengugut akan membawa kawannya untuk memukul mangsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Susulan laporan polis, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya telah menahan suspek berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pemuzik kira-kira jam 4.45 petang, Rabu lalu.
Turut dirampas sebatang besi berwarna hitam yang dipercayai digunakan dalam kejadian tersebut.
“Suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan ujian air kencing juga menunjukkan keputusan negatif dadah,” jelas Mohd Azam.
Tambahnya, siasatan mendapati kejadian berpunca daripada rasa tidak puas hati mangsa terhadap bunyi bising yang sering ditimbulkan oleh suspek ketika bermain alat muzik, meskipun telah beberapa kali ditegur.
Suspek kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas percakapannya dirakam untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. – Media Telus
Berita berkaitan
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm
Baru beberapa hari beroperasi, Aerotrain KLIA dilaporkan rosak semula
July 4, 2025, 3:48 pm
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000
July 4, 2025, 3:20 pm
Urusan lesen jual vape, e-rokok bawah bidang kuasa kerajaan negeri, PBT - KKM
July 4, 2025, 12:55 pm
'Berat nanang', makin ramai remaja gemuk, hisap vape di Terengganu - JKNT
July 4, 2025, 12:43 pm