Berita Berita
Lelaki parah ceroboh landasan LRT Subang Alam, perkhidmatan tergendala lebih 2 jam

PETALING JAYA 4 Julai – Perkhidmatan tren di Laluan Kelana Jaya kembali beroperasi seperti biasa pada jam 10.22 pagi tadi selepas tergendala lebih dua jam susulan insiden pencerobohan landasan di Stesen Subang Alam awal pagi ini.
Rapid Rail Sdn. Bhd. (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bermula sekitar jam 8.02 pagi apabila seorang lelaki dilaporkan memasuki kawasan terlarang landasan.
“Menurut maklumat awal, lelaki berkenaan dipercayai cuba mencederakan diri sendiri dengan melompat ke atas landasan ketika sebuah tren sedang menghampiri platform,” kata kenyataan itu.
Insiden berkenaan mencetuskan respons kecemasan melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang segera digerakkan ke lokasi.
“Mangsa berjaya diselamatkan namun mengalami kecederaan parah dan telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut,” menurut kenyataan itu lagi.
Rapid Rail memaklumkan siasatan terperinci sedang dijalankan oleh pihak polis dan syarikat itu akan memberikan kerjasama penuh bagi membantu siasatan.
Pihaknya turut memohon maaf atas kesulitan yang dialami penumpang dan menghargai kesabaran serta kerjasama semua pihak sepanjang tempoh gangguan berlaku.
Berita berkaitan
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm
Baru beberapa hari beroperasi, Aerotrain KLIA dilaporkan rosak semula
July 4, 2025, 3:48 pm
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000
July 4, 2025, 3:20 pm
Urusan lesen jual vape, e-rokok bawah bidang kuasa kerajaan negeri, PBT - KKM
July 4, 2025, 12:55 pm
'Berat nanang', makin ramai remaja gemuk, hisap vape di Terengganu - JKNT
July 4, 2025, 12:43 pm