Berita Berita
Malaysia komited perkukuh hubungan strategik dengan Kanada – Anwar

KUALA LUMPUR 4 Julai – Malaysia kekal komited untuk memperkukuh hubungan dua hala dengan Kanada merangkumi pelbagai bidang strategik seperti perdagangan dan pelaburan, pertahanan, tenaga bersih, transformasi digital serta teknologi baharu.
Perkara itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri Kanada, Mark Carney menerusi satu panggilan telefon sempena lawatan rasmi Anwar ke Paris, Perancis.
Dalam perbualan itu, Anwar turut mengucapkan tahniah atas kemenangan Parti Liberal dalam Pilihan Raya Persekutuan Kanada baru-baru ini.
“Saya menyambut baik penglibatan berterusan Petronas dalam projek LNG Canada, yang menjadi simbol kukuh kerjasama tenaga antara Malaysia dan Kanada serta berpotensi memacu inisiatif hijau dan peralihan tenaga masa hadapan,” katanya.
Anwar berkata, sebagai anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kedua-dua negara berkongsi komitmen memperjuangkan prinsip perdagangan bebas dan terbuka yang berasaskan multilateralisme adil dan inklusif.
Dalam perbualan sama, Anwar menyuarakan harapan agar Kanada mempertimbang semula pengecualian visa kepada rakyat Malaysia, sejajar dengan layanan yang diberikan kepada negara-negara Komanwel lain.
“Kami juga menegaskan kepentingan memperkukuh Perkongsian Strategik ASEAN-Kanada, dan berharap rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN-Kanada dapat dimuktamadkan secepat mungkin demi manfaat bersama,” tambahnya.
Sebagai penutup, Perdana Menteri turut menjemput Mark Carney mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia dalam masa terdekat bagi mempererat hubungan persahabatan dua negara. – Media Telus
Berita berkaitan
July 4, 2025, 6:56 pm
Lelaki cedera parah selepas terjun ke landasan LRT di Stesen Subang Alam
July 4, 2025, 6:48 pm
Trak tentera terjunam ke tasik di Gerik, tiada kecederaan dilaporkan
July 4, 2025, 6:29 pm
Semakan SST bukan alasan naik harga bilik hotel – MOF
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm
Baru beberapa hari beroperasi, Aerotrain KLIA dilaporkan rosak semula
July 4, 2025, 3:48 pm
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000
July 4, 2025, 3:20 pm