TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Masalah brek punca lori tanah langgar Pangsapuri Sri Pinang

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Masalah brek menjadi punca sebuah lori yang membawa muatan berisi tanah melanggar pagar dan rumah sampah Pangsapuri Sri Pinang U13 Setia Alam dekat Shah Alam, 8.42 pagi kelmarin.

Difahamkan, lori yang dipandu lelaki berusia 30-an itu dari arah Persiaran Setia Makmur telah hilang kawalan ketika sedang membelok ke kiri.

Perkara itu membuatkan lori tersebut hilang kawalan sebelum melanggar pagar dan rumah sampah di perkarangan pangsapuri tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, kes kini disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/ 1959.

Tambahnya, saksi kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Sarjan Wan Badaru Wan Abdullah di talian 016-3733066. - Media Telus

+ - reset