Berita Jenayah
Budak 4 tahun maut dipercayai didera, polis tahan pasangan suami isteri

BINTULU 18 Okt – Sepasang suami isteri ditahan di kediaman mereka di Sungai Setiam di sini, hari ini, selepas disyaki mendera anak lelaki mereka sehingga meninggal dunia.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Nixon Joshua Ali, berkata pasangan warga tempatan berusia 28 dan 34 tahun itu direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, pada jam 7.50 malam Selasa lalu, polis menerima aduan berkaitan kematian kanak-kanak lelaki berusia empat tahun tujuh bulan di Hospital Bintulu, disyaki didera.
"Hasil siasatan awal menemui unsur penderaan pada tubuh mangsa dengan kesan kecederaan pada bahagian pinggang dan kepala.
"Siasatan juga mendapati, mangsa dipercayai didera ibu tirinya di rumah mereka di Sungai Setiam," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut dan menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar berita tidak benar mengenai kejadian.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Asisten Superintedan Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau Bilik Gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304," katanya.
Berita berkaitan
June 24, 2025, 3:10 pm
Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan
June 23, 2025, 12:22 pm
Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular
June 23, 2025, 8:51 am
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan
June 22, 2025, 9:39 am
Dua lelaki cuba samun kedai mi di Ulu Yam, polis giat buru suspek
June 20, 2025, 7:47 pm
Lelaki maut ditembak dalam kenderaan di Meru, Klang
June 20, 2025, 2:13 pm
Guru tuisyen didakwa masuk tangan dalam baju murid perempuan 11 tahun
June 20, 2025, 1:26 pm
Suami, isteri ditahan aktif edar dadah sejak 9 tahun lalu di Sepang
June 20, 2025, 10:54 am