Berita Berita
Fattah dah ada kerja tetap, Pak Mat Western lantik jadi Ketua Pegawai Pemasaran

KUALA LUMPUR 20 Nov - Pelakon Fattah Amin dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran Pak Mat Western Sdn. Bhd., berkuatkuasa 20 November ini.
Perkara itu diumumkan Pengarah Urusan Pak Mat Western, Nur Qaiyum Muhamad menerusi satu kenyataan hari ini.
Menurut Nur Qaiyum, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fatah Mohd Amin akan merancang dan melaksanakan pembangunan, perkembangan serta kemajuan strategi jualan dan pemasaran usahawan melalui media massa serta media sosial Pak Mat Western.
“Sebarang makluman mahu pun penambahbaikan pengurusan akan diterang jelas kepada usahawan dari masa ke semasa mengikut strategi dan pemasaran baharu.
“Saya berharap pelantikan ini dapat memberi satu pembaharuan perniagaan yang lebih efektif dan efisyen dalam pembangunan usahawan kini,” katanya.
Oktober lalu, pelakon popular itu berkolaborasi dengan Pak Mat Western untuk menjual produk mereka di platform atas talian secara live streaming yang berjaya memecah rekod tontonan dan jumlah “likes” lebih 25 juta.
Fattah juga menerima banyak pujian apabila enggan menerima sesen pun komisen jualan daripada syarikat penjual kambing perap itu, sebaliknya meminta supaya wang berkenaan didermakan.- Media Telus
Berita berkaitan
June 30, 2025, 11:38 am
Tanjung Aru jadi tumpuan: program Gempur Sabah selesai dengan kejayaan
June 30, 2025, 11:27 am
Ramai yang tidak senang, Anwar minta penjawat awam pertahan pembangunan Kota Madani
June 30, 2025, 11:18 am
Anwar tegur dakwaan mahasiswa berkaitan kenaikan kadar elektrik akibat SST
June 30, 2025, 11:11 am
PU Azman ajar agama, hafaz al-Quran empat juzuk di Penjara Kajang
June 30, 2025, 10:15 am
Lelaki parah, usus terburai ditikam rakan ketika mabuk
June 30, 2025, 9:31 am
Suri rumah ditahan disyaki dera, abai anak angkat diambil sejak bayi
June 30, 2025, 9:08 am
SST tidak bebankan ibu bapa hantar anak ke taska, tadika swasta – Nancy
June 29, 2025, 7:20 pm
Lebih ramai belia Cina diseru sertai ATM, teruskan legasi patriotisme
June 29, 2025, 9:03 am