Berita Berita
Anwar tegur dakwaan mahasiswa berkaitan kenaikan kadar elektrik akibat SST

PUTRAJAYA 27 Jun - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur segelintir mahasiswa yang didakwa menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai kononnya berlaku kenaikan kadar elektrik susulan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).
Beliau berkata, walaupun tidak menolak sebarang kritikan, semua pihak termasuk anak muda perlu menyuarakan pendapat berdasarkan fakta dan kebenaran.
“Katanya kadar elektrik naik. Saya tak faham. Betul ke dia (mahasiswa) terkesan, sedangkan universiti awam dikecualikan.
“Kalau benar universiti kenakan caj elektrik kepada mahasiswa, kita kena betulkan,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini.
Anwar yang juga bekas pemimpin pelajar turut mengingatkan agar golongan muda tidak menyalahgunakan kebebasan bersuara sebagai medan menyebar fitnah atau kata-kata kesat.
“Kalau kita kata kita ini pejuang mahasiswa dan ‘conscience of the majority’, maka suara kita mestilah mewakili nurani rakyat.
“Tetapi kadar elektrik hanya naik bagi kelompok pengguna teratas iaitu 10 hingga 15 peratus tertinggi. Adakah mahasiswa benar-benar terkesan?” soal beliau.
Mengulas lanjut, Anwar berkata pelaksanaan SST disasarkan secara berhemah dan progresif, termasuk memperkenalkan cukai terhadap buah-buahan import tertentu sahaja.
“Ya, memang ada SST pada buah import seperti epal, limau dan kurma. Tapi bila ada bantahan, saya minta semak semula. Kalau ada jenis limau yang lebih murah, kita boleh kecualikan.
“Saya sendiri arahkan Kementerian Kewangan semak dan buat penyesuaian segera. Jarang perkara ini berlaku, tetapi kita terbuka mendengar,” katanya. - Media Telus.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm
Lelaki Rohingya kantoi sorok 72 paket minyak masak subsidi di Marang
June 30, 2025, 4:56 pm
2.06 juta graduan bekerja tidak setaraf kelayakan – DOSM
June 30, 2025, 4:56 pm
SST bermula esok, KPDN lancar Ops 4.0 pantau kenaikan harga barang, perkhidmatan
June 30, 2025, 2:59 pm
Penunggang motosikal maut rempuh bas rosak berhenti di lorong kecemasan di Kulai
June 30, 2025, 2:02 pm
Peka kenaikan kos sara hidup, bantuan makanan asnaf Melaka meningkat RM50 bermula esok
June 30, 2025, 1:55 pm