Berita Berita
SST tidak bebankan ibu bapa hantar anak ke taska, tadika swasta – Nancy

KUALA LANGAT 30 Jun – Pelaksanaan semula dan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) mulai 1 Julai ini tidak akan memberi kesan besar kepada ibu bapa yang menghantar anak ke TASKA, TADIKA dan prasekolah swasta, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Menurut beliau, Cukai Perkhidmatan (CP) hanya terpakai kepada pengusaha institusi pendidikan swasta yang mengenakan yuran melebihi RM60,000 setahun bagi setiap pelajar, sekali gus membabitkan golongan berkemampuan.
"Ini lebih kepada mereka yang menghantar (anak) ke institusi swasta... bermakna mereka ini mampu dan orang ramai tidak perlu gusar kerana setakat ini difahamkan (kebanyakan) institusi swasta tidak mengenakan caj yang mencecah angka (RM60,000) setahun itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Apresiasi dan Penghargaan Rakan Strategik Program Anjung Sinar 2025 yang berlangsung di sini, hari ini.
Nancy turut mengingatkan agar pengusaha pendidikan swasta tidak mengambil kesempatan daripada dasar tersebut hingga menekan kewangan ibu bapa.
"Kita harap mereka (pengusaha) menjalankan tugas dengan jujur untuk membantu ibu bapa agar mereka boleh kerja, dan pengusaha perlu mengingatkan diri mereka bahawa orang memerlukan perkhidmatan mereka. Jadi, jangan kenakan bayaran secara berlebihan," katanya lagi.
Untuk makluman, kadar CP sebanyak enam peratus itu akan dikenakan terhadap perkhidmatan pendidikan swasta termasuk prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah, namun dikecualikan kepada warganegara Malaysia yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Dalam majlis sama, Nancy turut menyampaikan anugerah kepada lima ikon cemerlang Program Anjung Sinar anjuran Yayasan Kebajikan Negara (YKN), meliputi kategori Pendidikan, Kepimpinan, Komuniti, Kerjaya dan Sukarelawan.
Pemilihan ikon dilakukan berdasarkan pencapaian dan sumbangan signifikan peserta sepanjang tiga tahun mereka menyertai program itu sejak dilancarkan pada tahun 2023.
Berita berkaitan
June 30, 2025, 5:13 pm
Puad Zarkashi nasihat Rafizi: "Jangan bakar lebih-lebih, takut berakhir di penjara"
June 30, 2025, 5:08 pm
Lelaki Rohingya kantoi sorok 72 paket minyak masak subsidi di Marang
June 30, 2025, 4:56 pm
2.06 juta graduan bekerja tidak setaraf kelayakan – DOSM
June 30, 2025, 4:56 pm
SST bermula esok, KPDN lancar Ops 4.0 pantau kenaikan harga barang, perkhidmatan
June 30, 2025, 2:59 pm
Penunggang motosikal maut rempuh bas rosak berhenti di lorong kecemasan di Kulai
June 30, 2025, 2:02 pm
Peka kenaikan kos sara hidup, bantuan makanan asnaf Melaka meningkat RM50 bermula esok
June 30, 2025, 1:55 pm