Berita Jenayah
Lelaki warga Bangladesh ditahan gara-gara pukul anjing di Senai

SENAI 28 Feb. - Seorang lelaki warga Bangladesh ditahan selepas aksinya memukul seekor anjing di sebuah kawasan rumah kedai tular di media sosial. Kejadian itu dilaporkan berlaku pada pukul 1.09 petang, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.
"Pemeriksaan mendapati anjing tersebut kini berada dalam keadaan stabil dan dijaga rapi oleh seorang lelaki tempatan.
“Polis telah menahan seorang lelaki Bangladesh berusia 45 tahun untuk membantu siasatan.
"Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kulai hari ini bagi permohonan reman," katanya dalam kenyataan.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(a) Akta Kebajikan Haiwan 2015. - Media Telus
Berita berkaitan
June 24, 2025, 3:10 pm
Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan
June 23, 2025, 12:22 pm
Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular
June 23, 2025, 8:51 am
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan
June 22, 2025, 9:39 am
Dua lelaki cuba samun kedai mi di Ulu Yam, polis giat buru suspek
June 20, 2025, 7:47 pm
Lelaki maut ditembak dalam kenderaan di Meru, Klang
June 20, 2025, 2:13 pm
Guru tuisyen didakwa masuk tangan dalam baju murid perempuan 11 tahun
June 20, 2025, 1:26 pm
Suami, isteri ditahan aktif edar dadah sejak 9 tahun lalu di Sepang
June 20, 2025, 10:54 am