Berita Berita
Suami isteri warga emas ditahan, disyaki langgar lari pemandu lori
KAJANG 3 Mac - Sepasang suami isteri warga emas ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai terlibat dalam kejadian langgar lari yang menyebabkan kecederaan terhadap seorang pemandu lori di Bandar Teknologi Kajang, Jumaat lalu.
Dua suspek berusia 73 dan 65 tahun itu ditahan polis pada jam 11.15 malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof memaklumkan bahawa pihaknya menerima laporan daripada ibu mangsa, seorang wanita berusia 63 tahun, sekitar jam 4.54 petang semalam.
"Mengikut laporan, pengadu mendakwa anak lelakinya yang berusia 42 tahun telah dirempuh oleh sebuah kenderaan sehingga mengalami kecederaan serius dan tidak dapat bergerak.
"Selepas kejadian, ibu mangsa segera ke lokasi berhampiran Bandar Teknologi Kajang dan membawa anaknya ke hospital bagi mendapatkan rawatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Berdasarkan siasatan, polis menemui rakaman dari kamera papan pemuka sebuah kenderaan awam yang merakam insiden berkenaan.
Menurut Naazron, rakaman berkenaan menunjukkan sebuah kenderaan sengaja melanggar mangsa yang baru sahaja turun dari lorinya, mengakibatkan dia terseret ke bahagian tengah pembahagi jalan sebelum suspek meninggalkan tempat kejadian.
"Pihak polis berjaya mengesan serta menahan pasangan suami isteri tempatan itu bagi membantu siasatan dan mengenal pasti motif kejadian," katanya.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh serta Seksyen 279 Kanun Keseksaan berkaitan pemanduan berbahaya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Hizwan Hamzah di talian 019-6369835 atau mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan. - Media Telus
Berita berkaitan
November 1, 2025, 6:11 pm
Kerajaan pertimbang haramkan Roblox dan UMI, tunggu tindakan Australia – Nancy Shukri
November 1, 2025, 5:18 pm
UPM Sarawak rai 556 graduan pada Konvokesyen Ke-49
November 1, 2025, 2:41 pm
Fungsi asal SSDM dikembalikan, hapus rekod amalan baik murid untuk kurangkan beban guru - Fadhlina
November 1, 2025, 1:15 pm
Lelaki maut tergelincir di Air Terjun Lata Kinjang
November 1, 2025, 1:01 pm
Suspek tetak abang ipar hingga putus kepala negatif dadah, direman enam hari
November 1, 2025, 11:10 am
Kebakaran hutan belukar di Salak Tinggi berjaya dipadam selepas 13 jam
November 1, 2025, 10:35 am
Restoran di tingkat atas Menara 3 Petronas terbakar
October 31, 2025, 8:50 pm
Pelajar Tingkatan Satu di Shah Alam cedera jatuh dari tingkat satu akibat putus cinta
October 31, 2025, 8:35 pm
