Berita Berita
Lelaki tersedar dalam kereta dicuri ada budak, panik sebelum tinggalkan kereta tepi jalan di Setia Alam

SHAH ALAM 13 Mac - Seorang lelaki yang mencuri sebuah Toyota Vios semalam bertindak meninggalkan kereta itu di tepi sebuah tadika di Setia Alam selepas menyedari terdapat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun di dalamnya.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata polis menerima laporan pada jam 7 pagi mengenai kehilangan sebuah kereta bersama seorang kanak-kanak di dalamnya.
Kejadian berlaku sekitar jam 6.55 pagi ketika ibu kanak-kanak berusia 34 tahun itu menghantar anak keduanya ke tadika dan meninggalkan anak sulung yang sedang tidur di dalam kereta dengan enjin hidup dan pintu tidak berkunci.
Setelah selesai menghantar anak keduanya, wanita itu menyedari keretanya telah hilang bersama anaknya di dalamnya.
Usaha mencari kereta dan kanak-kanak itu dilakukan, dan dengan bantuan orang awam, pada jam 7.45 pagi, kanak-kanak tersebut ditemukan bersama kereta yang dicuri sekitar dua kilometer dari lokasi kejadian.
Siasatan mendapati suspek adalah lelaki tempatan yang dipercayai ingin mencuri kereta tersebut tanpa menyedari terdapat kanak-kanak di dalamnya.
"Suspek terkejut mendengar kanak-kanak itu menangis dan segera memberhentikan kereta sebelum melarikan diri," katanya.
Namun, suspek sempat mengambil beg tangan milik mangsa yang mengandungi kad bank, dokumen pengenalan diri, serta dua telefon bimbit bernilai RM2,000.
Polis kini sedang berusaha mengesan suspek. Mereka yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Khamsia Hung Mei Shuang di talian 016-8119560.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 1:11 pm
CAAM ambil alih fungsi Mavcom bermula 1 Ogos depan - Anthony Loke
June 23, 2025, 1:04 pm
Pelabur rugi RM14.3 juta, MHO desak SSM siasat syarikat skim mesin layan diri
June 23, 2025, 12:34 pm
UMS kecam tindakan bakar karikatur PM, sifatkan tidak mencerminkan intelek mahasiswa
June 23, 2025, 12:30 pm
MEF gesa kerajaan benarkan pelarian kerja dalam sektor formal
June 23, 2025, 12:29 pm
KDN pandang serius kesilapan kaitkan Ketua Polis Negara dengan parti politik
June 23, 2025, 12:03 pm
Pemandu BYD Seal dikesan pandu melawan arus di Lebuhraya Senai–Desaru
June 23, 2025, 12:02 pm
'Selama 38 tahun dalam PDRM, tak pernah sekali saya terlibat dalam politik' - KPN baharu
June 23, 2025, 11:34 am
Dua ditahan kes gaduh, tetak ketika mabuk di Nilai
June 23, 2025, 11:29 am
Dua lelaki miliki 41 rekod jenayah ditahan kes pecah rumah
June 23, 2025, 11:21 am