TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UMS kecam tindakan bakar karikatur PM, sifatkan tidak mencerminkan intelek mahasiswa

By
|
Kongsi
image

KOTA KINABALU 24 Jun – Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengecam tindakan peserta perhimpunan Gempur Rasuah 2.0 yang membakar karikatur Perdana Menteri, menyifatkannya sebagai tidak beradab dan tidak mencerminkan intelektualisme mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT).

Dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pusat Komunikasi Korporat UMS, pihak universiti memandang serius tindakan yang tular di media sosial itu dan menyifatkannya sebagai berisiko mendatangkan mudarat kepada peserta serta orang awam.

“UMS menolak sekeras-kerasnya sebarang tindakan yang berpotensi mengancam keselamatan atau menimbulkan kekacauan. Tindakan membakar karikatur tersebut jelas bertentangan dengan norma perhimpunan aman yang sepatutnya diamalkan mahasiswa,” menurut kenyataan itu.

UMS turut menegaskan bahawa pihaknya tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam insiden yang berlaku dan akan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan oleh pihak berkuasa.

“Pihak pengurusan universiti memandang serius perkara ini dan akan menyerahkan kepada polis untuk menyiasat mengikut saluran undang-undang,” katanya.

Dalam kenyataan sama, UMS juga melahirkan kekesalan terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh kumpulan terbabit yang mempertikaikan pelantikan Tun Musa Aman sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

“Pelantikan tersebut adalah atas perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan seharusnya dihormati oleh semua pihak,” tegas kenyataan itu. – Media Telus.

+ - reset