Berita Berita
Pelabur rugi RM14.3 juta, MHO desak SSM siasat syarikat skim mesin layan diri

KUALA LUMPUR 23 Jun - Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) mendesak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyiasat tiga syarikat yang dipercayai menawarkan skim pelaburan mesin kopi dan vending machine sehingga menyebabkan kerugian lebih RM14.3 juta membabitkan 228 pelabur.
Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim berkata aduan rasmi sudah diserahkan kepada SSM hari ini kerana syarikat-syarikat terbabit disyaki melanggar Akta Skim Kepentingan 2016.
“Hari ini kita hadir ke pejabat SSM di KL Sentral bersama para pelabur, termasuk yang datang dari Sarawak dan Melaka, bagi menyerahkan aduan rasmi terhadap tiga syarikat yang menawarkan pelaburan mesin layan diri dan mesin kopi,” katanya pada sidang media di Menara SSM.
Menurut Hishamuddin, syarikat pertama didakwa menyebabkan 54 pelabur mengalami kerugian RM5.2 juta, syarikat kedua membabitkan 19 pelabur dengan kerugian RM1.8 juta, manakala syarikat ketiga pula melibatkan 155 pelabur yang kerugian keseluruhan RM7.3 juta.
Beliau berkata ketiga-tiga syarikat itu menawarkan skim pelaburan serupa, iaitu pelabur hanya perlu menyediakan modal tanpa perlu menguruskan operasi.
“Mereka menawarkan perjanjian pelaburan, ada yang membayar RM30,000 untuk satu mesin, ada juga pakej RM25,000, dan ada pelabur membeli lot serendah RM1,000 dengan janji pulangan sehingga lima peratus,” katanya.
Hishamuddin turut mempersoalkan sama ada mesin yang dijanjikan itu benar-benar wujud, sambil mencadangkan siasatan dibuat berdasarkan dokumen seperti packing list, dokumen import K1, K2 serta pelepasan kastam untuk memastikan bilangan mesin sepadan dengan jumlah pelaburan.
Beliau memaklumkan laporan polis berhubung kes ini telah dibuat dan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (tipu), namun pendakwaan sebelum ini memutuskan kes berstatus NFA (No Further Action).
“Pelabur-pelabur kecewa kerana tindakan sivil bukan penyelesaian berkesan, memandangkan kebanyakan syarikat ini tiada aset sah, jadi kemenangan dalam kes sivil tidak menjamin pulangan,” katanya.
MHO akan menghantar surat representasi kepada Timbalan Pendakwa Raya bagi memohon semakan semula keputusan itu dan menggesa siasatan jenayah diteruskan. - Media Telus
Berita berkaitan
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm
Pekerja ladang bakal terima gaji permulaan RM1,800 sebulan, lebih tinggi dari kadar minimum
June 23, 2025, 1:11 pm