Berita Berita
KDN pandang serius kesilapan kaitkan Ketua Polis Negara dengan parti politik

PUTRAJAYA 23 Jun – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyifatkan kesilapan sebuah akhbar tempatan yang menyiarkan infografik mengaitkan Ketua Polis Negara (KPN) baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), sebagai satu perkara yang sangat serius dan tidak wajar berlaku.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kesilapan itu tidak seharusnya berlaku memandangkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah pun mengeluarkan profil rasmi dan sahih berkaitan Mohd Khalid.
“Tindakan mengaitkan seorang penjawat awam tertinggi dengan parti politik adalah tidak bertanggungjawab. Sebuah media yang sudah lama bertapak seharusnya memahami disiplin pelaporan, terutamanya pengesahan fakta sebelum siaran dibuat.
“Takkanlah tak ada satu pihak yang hubungi untuk mengesahkan maklumat sebelum diterbitkan? Tambahan pula dalam suasana politik semasa yang sarat dengan sentimen dan kebencian, penyebaran maklumat salah begini hanya memburukkan keadaan,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan KDN di sini hari ini.
Saifuddin turut menegaskan bahawa sepanjang penglibatannya dalam PKR sebagai Setiausaha Agung parti, beliau tidak pernah melihat atau mengetahui bahawa Mohd Khalid pernah hadir ke mana-mana acara rasmi parti tersebut.
“Saya Setiausaha Agung selama 14 tahun. Kalau Khalid betul ahli parti, pastinya saya tahu. Tapi saya tak pernah nampak dia hadir mesyuarat atau aktiviti parti,” ujarnya lagi.
Terdahulu, ketika berucap dalam perhimpunan sama, beliau menyelar tindakan akhbar terbabit yang menurutnya tidak berhati-hati menyemak semula kandungan infografik sebelum ia diterbitkan.
“Bebas melapor bukan bermaksud bebas menyebar maklumat yang salah. Ini bukan soal main-main, tetapi menyentuh maruah dan integriti seorang pegawai kanan kerajaan,” katanya.
Sementara itu, akhbar berkenaan telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan bahawa kesilapan infografik itu berpunca daripada penggunaan templat lama oleh seorang staf Unit Media Sosial, yang sebelum ini pernah digunakan bagi poster melibatkan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, yang sememangnya ahli PKR.
Akhbar tersebut memaklumkan bahawa staf terbabit serta penyelia yang meluluskan infografik berkenaan telah digantung tugas buat sementara waktu. Satu siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mengenal pasti sekiranya wujud unsur sabotaj. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm
Pekerja ladang bakal terima gaji permulaan RM1,800 sebulan, lebih tinggi dari kadar minimum
June 23, 2025, 1:11 pm
CAAM ambil alih fungsi Mavcom bermula 1 Ogos depan - Anthony Loke
June 23, 2025, 1:04 pm