TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pemandu BYD Seal dikesan pandu melawan arus di Lebuhraya Senai–Desaru

By
|
Kongsi
image

KOTA TINGGI 23 Jun – Polis sedang giat menjalankan siasatan bagi mengesan seorang pemandu yang memandu secara melulu dan membahayakan di Kilometer 55 Lebuhraya Senai–Desaru pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya mengesan kejadian tersebut menerusi rakaman dashcam yang dimuat naik di laman Facebook Community Roda Johor.

“Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 11.31 pagi. Berdasarkan rakaman, sebuah kenderaan jenis BYD Seal berwarna putih dengan nombor pendaftaran SNT4298 dilihat memandu melawan arus.

“Kejadian ini turut tular di media sosial menerusi pautan https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=612028005256083&id=100093466671276,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu secara melulu dan membahayakan.

Jika sabit kesalahan, individu terbabit boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun serta denda antara RM5,000 hingga RM15,000.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penguat Kuasa Trafik, Inspektor Amirul Mustakim Mustaza di talian 017-4793329 bagi membantu siasatan dan mengesan pemandu terbabit.

Polis turut menasihati pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama. – Media Telus.

+ - reset