Berita Berita
Dua ditahan kes gaduh, tetak ketika mabuk di Nilai

NILAI 23 Jun - Pergaduhan di hadapan sebuah premis makanan segera di Bandar Baru Nilai awal pagi semalam berakhir dengan seorang lelaki parah ditetak, dipercayai akibat salah faham ketika semua pihak di bawah pengaruh alkohol.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdul Malik Hasim, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada jam 6.08 pagi selepas mangsa, lelaki tempatan berusia 30-an, dibawa ke hospital dalam keadaan berlumuran darah di muka dan badan.
“Mangsa dimasukkan ke Zon Merah Jabatan Kecemasan untuk rawatan segera. Keadaannya kini stabil dengan kecederaan di kepala dan kaki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata hasil siasatan mendapati mangsa ditetak menggunakan parang dan dipukul dengan sebatang kayu oleh beberapa individu yang tidak dikenali. Polis menahan dua lelaki, berusia 29 dan 37 tahun di sekitar Nilai yang dipercayai terbabit dalam insiden itu.
Menurut Abdul Malik, siasatan awal tidak menemukan unsur gengsterisme, dendam atau konflik lama, sebaliknya pergaduhan berpunca daripada provokasi dan salah faham yang berlaku secara spontan akibat pengaruh alkohol.
Permohonan reman ke atas kedua-dua suspek dibuat pagi ini dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148, Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Polis turut meminta orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya menghubungi balai polis terdekat atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai di talian 06-7904222.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm
Pekerja ladang bakal terima gaji permulaan RM1,800 sebulan, lebih tinggi dari kadar minimum
June 23, 2025, 1:11 pm