Berita Berita
'Selama 38 tahun dalam PDRM, tak pernah sekali saya terlibat dalam politik' - KPN baharu

PUTRAJAYA 23 Jun - Ketua Polis Negara (KPN) baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menafikan dakwaan kononnya beliau pernah menganggotai mana-mana parti politik sepanjang 38 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau berkata perkara itu turut diperjelaskan oleh Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Fuziah Salleh, yang menegaskan Mohd Khalid tidak pernah menjadi ahli parti berkenaan.
“As you know (sebagaimana yang anda tahu), Datuk Fuziah PKR telah memberikan sidang akhbar baru-baru ini menjelaskan segala-galanya. Selama 38 tahun saya dalam pasukan PDRM saya tak pernah terlibat dalam mana-mana parti politik,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini, hari ini.
Majlis berkenaan disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan turut dihadiri Ketua Setiausaha KDN, Datuk Awang Alik Jeman.
Terdahulu, sebuah akhbar tempatan menerima kecaman susulan kesilapan menyiarkan infografik yang mengaitkan Mohd Khalid dengan penyertaan dalam parti politik termasuk PKR, sekali gus menimbulkan kekeliruan orang ramai. Fuziah kemudian tampil mengesahkan bahawa beliau tidak pernah menjadi ahli PKR mahupun memegang sebarang jawatan dalam parti itu.
Akhbar berkenaan sudah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui portal berita dan laman Instagram mereka.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohd Khalid berkata pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan pengurusan akhbar tersebut dalam masa terdekat bagi berbincang dan mendengar pandangan.
“Kami akan bincang, dengar pandangan, memberi apa yang patut perlu dilaksanakan,” katanya.
Beliau juga menyeru media supaya terus menyampaikan laporan yang tepat dan berkualiti demi kepentingan PDRM, agensi kerajaan lain serta Kerajaan Madani.
“Insya-Allah dalam masa terdekat ini, saya mohon kepada semua wartawan yang hadir hari ini supaya berikan laporan yang terbaik, yang tidak lari dari apa yang dilaporkan dan saya berharap hubungan yang rapat dan akrab perlu diteruskan di antara pihak polis bersama wartawan.
“Ia menjadi pokok utama untuk kita memberikan laporan yang terbaik bukan sahaja kepada PDRM tetapi semua agensi kerajaan dan Kerajaan Madani terutamanya,” katanya.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm
Pekerja ladang bakal terima gaji permulaan RM1,800 sebulan, lebih tinggi dari kadar minimum
June 23, 2025, 1:11 pm