Berita Berita
KDN sita ribuan naskah dan bahan al-Quran tanpa perakuan

KUALA LUMPUR 19 Mac - Sebanyak 734 naskah al-Quran dan 19,682 bahan berkaitan al-Quran tanpa perakuan sah, dianggarkan bernilai RM502,737, telah disita dalam operasi yang dijalankan dari 7 hingga 12 Mac lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, memaklumkan bahawa sitaan itu dilakukan menerusi Ops Mulia oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan, Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Sepanjang Ramadan ini, dari 7 hingga 26 Mac, kita menggerakkan Ops Mulia bagi memantau dan memastikan pematuhan terhadap Akta Percetakan Teks al-Quran 1986. Setakat 12 Mac, sebanyak 794 premis telah diperiksa,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penerapan Nilai-nilai Murni sempena sambutan Nuzul Al-Quran dan Ihya Ramadan di Kampung Permatang Kerat Telunjuk.
Beliau turut mendedahkan bahawa hasil operasi tersebut, sebanyak 88 kertas siasatan telah dibuka.
Menurutnya lagi, pada tahun lalu, operasi sama telah dilakukan ke atas 822 premis, yang menyaksikan penyitaan 8,212 naskah al-Quran dan 11,694 bahan berkaitan al-Quran dengan nilai keseluruhan RM2.7 juta. Sebanyak 160 kertas siasatan telah dibuka sepanjang operasi itu.
“Sepanjang Ramadan ini, Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan terus menjalankan pemantauan bagi memastikan kepatuhan terhadap undang-undang dan menjaga kemuliaan al-Quran,” tambahnya.
Selain itu, beliau memaklumkan bahawa sepanjang tahun lalu, Ops Cetak telah melaksanakan 1,759 pemeriksaan, mengakibatkan penyitaan 20,000 bahan penerbitan tidak sah dengan nilai anggaran RM1.2 juta.
Operasi ini dilaksanakan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 bagi membanteras penerbitan bahan yang tidak diingini. - Media Telus
Berita berkaitan
June 20, 2025, 1:43 pm
'Najib dah lama minta DNAA, dia sangat gembira hari ini' - Peguam
June 20, 2025, 12:28 pm
Anwar arah jabatan kerajaan hentikan penggunaan makanan import dalam acara rasmi
June 20, 2025, 12:19 pm
Bayi maut ditindih lengan bapa disahkan alami kecederaan paru-paru
June 20, 2025, 12:10 pm
Najib tidak dibenar buat laporan polis, Shafee salahkan Menteri Dalam Negeri
June 20, 2025, 11:55 am
Anwar tempelak pengkritik senyap selepas ringgit kukuh
June 20, 2025, 11:52 am
SST: Gula putih kekal bebas cukai, harga dijamin tidak naik – MOF
June 20, 2025, 11:44 am
Lapan pegawai kanan PDRM bertukar jawatan mulai 21 Julai
June 20, 2025, 11:28 am
Air naik paras pinggang di Shah Alam, bomba giat selamatkan penduduk di Taman Bukit Kemuning
June 20, 2025, 10:20 am